“Saya Bebas Untuk Pilih..” – Pernah Beritahu Sentiasa ‘Standby’ Kalau Bekas Isteri-Isteri Mahu Kembali, Ini Jawab Datuk Red

Kehidupan

“Saya Bebas Untuk Pilih..” – Pernah Beritahu Sentiasa ‘Standby’ Kalau Bekas Isteri-Isteri Mahu Kembali, Ini Jawab Datuk Red

Sedia maklum, sebelum ini, usahawan dikenali ramai iaitu Datuk Red pernah memberitahu kepada pihak media bahawa dirinya standby jika bekas isteri-isteri mahu kembali ke pangkuannya.

‘Saya bebas untuk memilih’

Bagaimanapun, apabila ditemubual oleh pihak Beautifulnara, Datuk Red atau nama sebenar, Adnan Abu memaklumkan ketika memaklumkan hal tersebut, mereka masih dalam tempoh iddah dan kini tempoh tersebut telah pun habis.

Advertisement

Apabila disoal jika satu hari bekas isteri pertama, Datin Sharifah mahu kembali ke pangkuannya, ini jawab Datuk Red..

Masing-masing dah tak ada ikatan, saya pun ambil keputusan saya bebas lah untuk memilih first wife atau yang baru. Tapi sedia maklum, semua orang tahu saya pilih siapa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kakak Red (@syarifahnorshafila)

Dalam pada masa yang sama, Datuk Red turut berkata kini dia lebih selesa hidup seorang diri kerana masih belum mampu untuk memiliki seorang isteri dan enggan hal lama berulang sekali lagi.

Buat masa sekarang saya pilih hidup sorang jelah. Pasal saya sendiri pun tak berkemampuan untuk macam dulu.

Sekadar info, Datuk Red pernah mempunyai dua isteri sebelum ini iaitu isteri pertama Datin Sharifah dan isteri kedua, Adira Suhaimi, namun kedua-duanya memfailkan perceraian dalam tempoh masa yang sama.

6 months ago

“Selagi Janda Janda Saya Tak Kahwin, Saya Tak Akan Kahwin” - Datuk Red Akui ‘Standby’ Jika Bekas Isteri Mahu Kembali Bersama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...