Seorang wanita berkongsi di laman sosial tentang kejadian di mana pengasuh anaknya yang baru bekerja selama dua minggu cuba menggoda sang suami.
Pengasuh bernama Mila itu nampak mesra dan sebagai majikan wanita itu melayaninya dengan baik dan suka berborak dengannya.
Malah, ada juga waktu mereka bersembang sambil wanita tersebut menunjukkan gambar keluarga termasuklah ipar dan mentua untuk kenalkan mereka kepada Mila.
Sambil melihat gambar yang ditunjuk, Mila terus terpesona dan memuji suami wanita tersebut dengan mengatakan Tuannya itu paling tampan di antara semua ahli keluarga.
Bukan itu sahaja, Mila juga turut menunjukkan tanda red flag yang lain seperti sengaja membiarkan pintu bilik air terbuka ketika memandikan anak majikannya.
Sambil itu juga dia akan bergurau senda dengan kanak-kanak itu dengan suara yang kuat untuk menarik perhatian Tuannya sedangkan apabila Puan ada di rumah tidak pula dia sebegitu.
Banyak red flag
Mila dibenarkan pulang berjumpa suami seminggu sekali dan apabila kembali ke rumah majikan dia gemar menceritakan adegan tidur bersama walhal tiada yang bertanya.
Katanya, banyak lagi tanda yang ditunjukkan Mila namun kebanyakannya spontan menerusi percakapan dan paling mengejutkan apabila dia menjawab soalan mentua kepada majikannya.
Ketika itu Mila ditanya sama ada di sedang membasuh baju dan menjawab dengan kuat,
Ya, Mila basuh baju sambil mandi. Jangan naik atas, Mila telanjang.
@mrs.allx Maaf kalau harus aku spill di Tiktok ? Semoga ga ada lagi yang jadi korban seperti aku?? #fyp? ? suara asli – pakkalukka