Pelakon Nazim Othman baru-baru ini mengakui bahawa bahasa cinta (love language) dirinya ialah sentuhan fizikal (physical touch). Pendedahan itu dibuat ketika sesi siaran langsung yang kemudian tular di media sosial.
Menurut Nazim, dia tidak sedar dirinya sering menyentuh orang sekeliling ketika berbual atau berinteraksi. “Saya baru perasan bila ada orang compile video saya dengan Ezzani Jasny, banyak kali saya pegang tangan dia. Rupanya itu memang love language saya,” katanya.
Bintang drama Dia Bukan Syurga itu menegaskan bahawa sikapnya bukan bermaksud berlebihan atau cuba menarik perhatian, sebaliknya ia adalah cara semula jadinya untuk menunjukkan rasa mesra.
“Bila borak, saya mesti akan sentuh bahu atau tangan orang. Itu memang saya. Physical touch, tapi bukan menggedik. Itu cara saya tunjuk sayang dan rapat dengan orang,” jelas Nazim.