Mayat seorang lelaki ditemukan di tempat duduk belakang teksi miliknya berdekatan dengan sebuah klinik kesihatan di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus malam tadi.
Mangsa berusia 51 tahun itu ditemukan dengan beberapa kesan luka di bahagian leher dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pihaknya yang tiba di lokasi turut merampas sebilah pisau.
Tambahnya, kedua-dua lelaki itu dipercayai bergelut sebelum pemandu teksi yang cedera parah itu meninggal dunia.
Sementara itu, kes ini tular di media sosial selepas gambar dan video di tempat kejadian dimuat naik mempamerkan suspek tidak melarikan diri dan seolah-olah pasrah dengan nasibnya selepas ini.
Menurut salah seorang saksi, ketika kejadian orang awam ternampak teksi yang dipandu suspek melawan arus dan telah melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan.
Selepas mengejar teksi itu dan berjaya membuatkan suspek berhenti, mereka membuka pintu dan menjumpai mayat berlumuran darah di belakang.
Seorang saksi tanya kenapa lawan arus, suspek kata baru lepas bunuh orang.”
Tambahnya, kedua-dua lelaki itu dipercayai bergelut sebelum pemandu teksi yang cedera parah itu meninggal dunia.
Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat manakala suspek berusia 29 tahun itu sudah ditahan pihak polis dan dihadapkan ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman.
Motif dan punca kejadian itu kini dalam siasatan pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.