“Saya Baru Dapat Tahu Suami Saya Berz*na Dengan Bini Orang” – Wanita Mahu Bongkar Kecurangan Suami Pada Mentua

Kehidupan

“Saya Baru Dapat Tahu Suami Saya Berz*na Dengan Bini Orang” – Wanita Mahu Bongkar Kecurangan Suami Pada Mentua

Luahan dan pendedahan daripada seorang wanita tentang suaminya mencetus pelbagai respon serta cadangan daripada netizen.

Menerusi X, wanita tersebut menulis luahan kepada @meinmokhtar dan berkata baru-baru ini dia mendapat tahu bahawa suaminya bukan sahaja curang malah turut mendakwa lelaki itu pernah melakukan hubungan intim dengan wanita lain.

Advertisement

Saya baru dapat tahu suami saya berzina dengan bini orang. Malam ni diorang nak jumpa tapi suami saya inform nak moreh dengan grup member lama.

lelaki dan wanita khalwat

Wanita tersebut buntu dan meminta pandangan netizen sama ada dia patut ‘layankan’ dahulu penipuan suaminya atau menghalangnya untuk keluar pada malam itu.

Akui hatinya hancur saat mendapat tahu tentang kecurangan suaminya, wanita itu bagaimanapun memilih untuk pendam perasaan buat sementara waktu.

Dia mahu menunggu masa yang sesuai untuk membongkarkan penipuan dan kecurangan suaminya kepada keluarga mentua pada hari raya nanti.

Tolong saya, saya tak kuat. Saya ada anak-anak, apa perlu saya buat. Saya buntu. Saya taknak suami terus hanyut dengan dosa dalam bulan mulia ini. Saya ingat nak diam dulu sampai raya ni, saya nak jumpa mentua dan bongkarkan semua.

wanita dapat tahu suami zina dengan isteri orang

Luahan tersebut meraih pelbagai respon berbeza daripada netizen antaranya adalah persoalan seorang individu mengapa dia mahu merahsiakan dan menyarankan dia bersemuka dengan suami segera.

Ramai yang turut mencadangkan agar wanita berkenaan mengekori suaminya dalam diam dan kumpulkan bukti-bukti yang kukuh untuk tindakan selanjutnya.

Kumpul bukti cukup cukup, buat report police dekat perempuan tu sebab ganggu rumah tangga. Untuk suami pula buat presentation kat rumah mertua nanti.

komen netizen di X komen netizen di X komen netizen di X komen netizen di X

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gurau puji kawan perempuan cantik depan isteri
3 days ago

Suami Puji 'Officemate' Cantik Depan Isteri Sendiri, Siap Suruh Anak-Anak Salam - "Aunty Ni Paling Lawa Dekat Ofis Ayah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...