Seperti yang sedia maklum, kes tuntutan hak penjagaan anak membabitkan pelakon, Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa gagal menemui jalan penyelesaian.
Difahamkan, Fatin telah memfailkan bantaran terhadap pindaan tuntutan yang dibuat oleh Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani.
Terkini, pelakon filem Tentang Bulan itu meluahkan rasa berang terhadap bekas suaminya itu selepas dikatakan tidak muncul di mahkamah pada prosiding yang berlangsung pada pagi ini.
Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah binti Shamsudin berkata dia sepatutnya menguruskan kemasukan anak ke sekolah pada hari ini.
Sepatutnya. But here I am. I woke up early morning, drove all the way here only to find out orangnya no show. Tak makan lagi ni.
Bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun itu memaklumkan dia juga tidak mengetahui sebab atau punca ketidakhadiran bekas suaminya itu.
Alasan? Taktau.
Terdahulu, Adam memaklumkan bahawa dia sudah hampir empat bulan tidak berjumpa dengan anaknya, Ivy Herra Sophia.
Namun, baru-baru ini, pelakon filem Juvana itu meluahkan rasa gembira apabila dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama anak dengan bantuan peguam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.