Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Bahagia Dengan Farid, Kami Masih Tinggal Sebumbung – Diana Danielle

Baru-baru ini, timbul spekulasi kononnya rumah tangga pelakon Datin Diana Danielle dan Datuk Farid Kamil sedang berantakan, mendakwa pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung.

Advertisement

Bagaimanapun, Diana menafikan khabar angin tersebut. Tidak dinafikan pelbagai dugaan dan ujian melanda, tetapi cinta dan kasih sayang mereka berdua tetap ututh dan cukup bahagia bersama.

Saya tidak berani untuk berjanji atau sumpah atas nama Allah, tetapi lihat ke dalam mata saya. Saya bahagia dengan Farid.

Ironinya, selepas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan, kami semakin bahagia. Memikirkan setiap kesusahan yang ditempuh bersama menyedarkan bahawa saya sentiasa ada untuk Farid begitu juga sebaliknya. Setiap kepahitan dan cabaran yang ditempuhi telah mematangkan kami.

Berbicara mengenai kehidupannya sepanjang ketiadaan Farid selama 35 hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 15 Mei lalu, Diana berkata dia percaya dengan ketentuan Allah SWT buatnya.

Advertisement

Saya tidak murung. Ada ketika saya berdebar dan berasa takut. Namun, selepas saya reda dan yakin setiap dugaan yang datang merupakan aturan daripada Allah, saya menjadi tenang. Setelah apa yang berlaku saya mempelajari mengenai konsep kehidupan adalah sementara. Setiap perkara yang baik juga sementara, begitu juga sebaliknya. Saya tidak mahu buruk sangka dengan ketentuan Allah.

Jika ada satu dugaan besar mendatang, saya yakin wujud juga perkara baik yang akan hadir kelak. Sebagai manusia, kita jangan terlalu makan hati sehingga murung. Percaya dengan Allah.

Terdahulu, pada 15 Mei lalu, Farid dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada Januari tahun lalu.

Namun, pada 19 Jun lalu, Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan yang dikenakan terhadapnya dengan syarat dia harus menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sumber Berita : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. unknown

    July 31, 2019 at 6:16 pm

    ak rasa most of us kena ubah mentality.. x semestinya yg show off di socmed tu bahagia dan sebaliknya.. for DD, ujian utk dia dikala husband berdepan hukuman penjara.. hope FK nampak pengorbana DD and sedar akan kesalahan dia.. untuk ladies, kl dia sayang, memang dia sayang betul.. sanggup susah senang.. so hargailah selagi ada..

  2. Anonymous

    July 31, 2019 at 3:42 pm

    Dia tak tayang memanjang kat media sosial bukan makna dia tak bahagia & nak bercerai. Mungkin diaorang jenis yg biasa2 dlm kehidupan & tak perlu semua nak tayang kat masyarakat. Kalau dok memanjang tayang bahagia kat media sosial… tak pasal2 kena kondem jugak dgn tentera bawang.

  3. netizen korang mmg bangang!

    July 31, 2019 at 2:49 pm

    what is wrong with our communities… biarlah derang dgn family dia… yg ko sibuk2 nak derang bercerai berai apa yg korang akan dapat ??!! so, kalau derang bercerai.. korang puas ati ke ? and g ke next target artis ? wadefak..!

  4. makcikkelipkelip

    July 31, 2019 at 2:12 pm

    natural beauty lah diana ni. semoga semuanya dipermudahkan…

    • Love Ganja Kahkah

      July 31, 2019 at 2:39 pm

      Aku pecaya diana ni bahagia.
      Stgah org ckp retis upload dlm socmed je npak bhgia tpi sbnarnya sengsara.
      Bkan retis je, org biasa pon ada camtu gak.
      Cuma Diana ni tah lah, mmg dpt rasa yg she’s in love dgn FK n mmg happy with her life.
      Some retis mmg boleh npak try hard to fake it cth mcm ruhainies / foziah gos / anzalna – sorry la klau kengkorg tak stuju, bukan ckp dierg2 ni tak bhgia. Bhgia cuma try too hard nak tnjuk kat socmed. Too hard sgt smpai kdg2 npak FAKE.
      Klau bhgia pun buat bgi natural dah la, cam DD & FK ni, ummi nazeera dgn hubby dia ke, ramona zam zam dgn hubby dia ke, dieorg sume2 npak lebih natural..
      But to DD, all the best to u & family!

  5. faraj

    July 31, 2019 at 1:42 pm

    ok lah tu..Diana, kalau Manusia lain mcm ko Diana dh lama ingat Tuhan , pakai tudung segala….sekurang2 nya awak tk Hipokrir Diana…dugaan apa yg dtg sekali…takder nya ko sebut Kuasa Tuhan segala….stgah Manusia asyik2 Kuasa Tuhan, MOTIP: Kalau kita tak berusaha bukan kata Manusia benci Tuhan pun Benci…!!! terutama org2 Melayu, kalau gagal sikit ,Tuhan punya kuasa..!!! Memang lah Tuhan punya kuasa , tapi ko berdoa jerrrr tk buat apa2…camner nk berjaya, sebab tu Bangsa Melayu ni memang tak boleh pakai..!!!

    • kot kecik

      July 31, 2019 at 2:22 pm

      yang sebaik-baiknye, tinggalka je le mamat ni. Dah le penagih dadah, tak bertanggungjawab kepada keluarga macam mana masa depan terjamin kalau masih dengan dia ni. Akhir nanti kau jugak merana. Lebih baik cari yang baru, kau masih muda dan bergetah lagi, ramai yang sanggup. Setahu aku penagih dadah ni semua dah lembik, carilah yg dapat memuaskan

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama