“Saya Bagi Makan Anak Bini, Takkan Sumber Bukan-Bukan..” – Shuib Menyangkal Tuduhan Cuci Duit, Dedah Sumber Pendapatan

Hiburan

“Saya Bagi Makan Anak Bini, Takkan Sumber Bukan-Bukan..” – Shuib Menyangkal Tuduhan Cuci Duit, Dedah Sumber Pendapatan

Sering menjadi topik perbahasan netizen, usahawan dan pelawak Shuib menyangkal keras spekulasi mencuci duit, makan dan membuat kerja haram. Katanya, dia masih lagi tahu tentang halal dan haram dalam mencari rezeki.

Ketika ditemu bual sumber, pelawak ini mengakui selain dari menjadi usahawan, dirinya juga menjadi duta enam produk. Itu merupakan salah satu punca pencarian untuk dirinya di samping beberapa simpanan yang ada.

Advertisement

Mak saya pesan, jangan makan duit haram, buat kerja haram. InsyaAllah saya jaga. Saya nak bagi makan anak bini, takkan dari sumber bukan-bukan.

Kalau betul anda nak tahu, nak mengkaji tentang kewangan saya, datang jumpa saya depan-depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryan Bakery (@ryanfahmibakery)

Disebalik itu, Shuib juga tidak setuju dengan persepsi yang baru-baru ini muncul mengatakan orang berbangsa Melayu ini kebanyakkannya pemalas. Katanya, dia sendiri bekerja bertungkus lumus sejak pagi hinggalah ke malam. Begitu juga rakan-rakanya yang berbangsa Cina ataupun India.

Tambahnya lagi, hal ini semua berbalik kepada diri sendiri. Jika individu itu seorang yang rajin, maka rajinlah dan juga sebaliknya. Shuib turut menganggap bahawa satu tingkah laku itu tidak mencerminkan sesuatu bangsa.

shuib sepahtu
1 year ago

Mahu Fokus Bisnes Bubble Bee, Shuib Sepahtu Tamatkan Khidmat Sebagai Penyampai Radio Suria FM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...