“Saya Bagi Amaran Keras Kepada…” – Perkongsian PU Riz Berkenaan Anak Derhaka Jadi Tumpuan

Kehidupan

“Saya Bagi Amaran Keras Kepada…” – Perkongsian PU Riz Berkenaan Anak Derhaka Jadi Tumpuan

Penceramah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika dijemput menyampaikan ceramah di Karnival Ambang Merdeka Ke-68, Bandar Tun Razak 2025 baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Threads, PU Riz menceritakan perihal seorang nenek yang hadir bersendirian ke majlis ilmunya. Lebih mengharukan, warga emas itu memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dengan suara yang merdu hingga menusuk kalbu.

Advertisement

Namun, suasana bertukar sebak apabila nenek tersebut mendedahkan kisah hidupnya.

“Acik ada 10 anak, tetapi tiada seorang pun yang ingin menjaga acik,” luah warga emas itu.

Tersentuh dengan pengakuan itu, PU Riz menekankan betapa besarnya amanah seorang anak terhadap ibu bapa yang telah berkorban membesarkan mereka sejak kecil.

Saya nak bagi amaran keras kepada anak-anak pada hari ini, jangan sesekali mengabaikan mak ayah kita. Kalau anda seorang anak yang abaikan mak ayah anda sehingga menyebabkan mereka merempat atau berjalan tanpa arah seperti yang kita lihat hari ini, mustahil untuk awak ke syurga.

Tambahnya lagi, berbuat baik kepada ibu bukanlah pilihan tetapi kewajipan.

Baik dengan mak bukan lagi pilihan, itu kewajipan. Walaupun mak kita mungkin ada kekurangan, tiada alasan untuk kita tidak menyayangi mereka dengan baik.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib nenek berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fida Jungle Girl
2025-09-12 17:19:08

"Muka Saya Dah Macam Ni, Tak Perlu Nak Suruh Ubah-Ubah" - Fida Jungle Girl

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...