“Saya Awalnya Teruja, Ia Terlalu Sama” – Lelaki Ini ‘Beli Semula’ Keretanya Yang Pernah Dicuri

Hiburan

“Saya Awalnya Teruja, Ia Terlalu Sama” – Lelaki Ini ‘Beli Semula’ Keretanya Yang Pernah Dicuri

Seorang lelaki yang membeli sebuah kereta bernilai £20,000 untuk menggantikan keretanya yang dicuri, secara tidak sengaja telah membeli semula keretanya sendiri yang hilang.

Ewan Valentine, 36, dari Solihull, terkejut apabila mendapati kereta miliknya, sebuah Honda Civic hitam, telah lesap dari halaman rumah pada pagi 28 Februari.

Advertisement
Lelaki beli kembali kereta miliknya yang dicuriSumber : BBC 

Selepas membuat laporan polis dan menghubungi insurans, Ewan mencari pengganti Honda Type-R 2016 dan menemui sebuah yang kelihatan sebiji, sekitar 70 batu dari rumahnya.

Namun, dia kemudian sedar kereta itu sebenarnya miliknya yang pernah dicuri apabila menjumpai alamat lamanya dalam sistem navigasi.

Dia memberitahu portal BBC bahawa dia berasa sangat kecewa ketika keretanya dicuri dan berazam untuk menggantikannya dengan model yang sama.

“Saya jumpa satu kereta yang sebijik — warna sama, tahun sama, sistem ekzos yang bunyinya pun sama” jelasnya.

lelaki beli kembali keretanya yang dicuri Sumber : BBC 

Saya mula perasan benda-benda pelik dalam kereta — macam pancang khemah, daun pain pokok Krismas, pembalut coklat Mars, semua benda yang dulu ada dalam kereta saya dan tak dibersihkan.

Meskipun kereta itu memiliki nombor pendaftaran baru dan ‘mileage’ yang lebih rendah, segala keraguannya terbukti apabila dia menemui alamatnya dan alamat ibu bapanya dalam sejarah navigasi kereta tersebut.

Saya sempat rasa bangga sekejap, konon macam hero dapat balik kereta sendiri — tapi lepas tu saya sedar, eh kejap… ini bukan detik heroik pun, ni macam saya dah buat sesuatu yang bodoh.

Dia membawa kereta itu ke bengkel Honda di Solihull dan menghubungi polis, yang menurutnya turut terkejut apabila dimaklumkan bahawa dia “terbeli semula kereta sendiri”.

Ewan percaya bengkel yang menjual kereta itu kepadanya juga telah ditipu, dan kini berharap dapat menuntut semula wang dan deposit pembelian tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

individu dihalau menjala ikan di sg pahang
1 hour ago

Individu Dihalau, Dirampas Jala Oleh Tuan Tanah Ketika Menangkap Ikan - "Ikan Sungai Pahang Tu Dia Bagi Makan"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BBC

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...