“Saya Angkat Dia Dan Nak Hempas Ke Dinding..” – Azhar Sulaiman Tak Tahan Baran, Hampir Baling Anak Ketika Bayi

Hiburan

“Saya Angkat Dia Dan Nak Hempas Ke Dinding..” – Azhar Sulaiman Tak Tahan Baran, Hampir Baling Anak Ketika Bayi

Dalam dunia ini tak ada siapa yang tiada perasaan marah cuma mungkin ada sesetengah yang tahu untuk mengawal baran mereka. Begitu juga dengan pelakon Azhar Sulaiman yang baru-baru ini berkongsi pengalaman dirinya menjaga anaknya ketika bayi.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, Azhar menceritakan kisah dimana dia tidak dapat mengawal perasaan marah dan hampir mencelakakan anak sendiri.

Advertisement

Saya baru balik penggambaran pukul 5 pagi dan masa tu Kasih baru lahir. Saya sampai rumah tengok Cempaka (isteri) tengah tidur dan Kasih menangis dekat sebelah. Cempaka suruh saya yang buat susu untuk Kasih.

Saya geram dengar Kasih menjerit, saya angkat dia dan nak hempas dia dekat ke dinding. Tapi nasib baik saya tersentak dan istighfar. Saya letak Kasih terus rasa badan menggeletar.

@theazharsulaiman♬ original sound – AzharSulaiman

Dalam video yang sama, Azhar turut menceritakan satu lagi insiden dimana dia berasa sangat marah apabila kereta yang baru dibaikinya itu terlibat dalam kemalangan kecil oleh isterinya. Ketika itu aktor ini keluar dan membawa kereta dengan sangat agresif hingga boleh membahayakan nyawa orang lain dikeranakan amarah yang teramat.

Dari situlah Azhar menasihati netizen agar  tidak bertindak melulu dalam keadaan yang marah kerana tidak tahu apa yang balik terjadi dalam masa beberapa detik itu dan meminta orang ramai mengambil perkara tersebut sebagai satu iktibar dalam kehidupan.

azhar sulaiman
5 months ago

"Tegur Bab Agama, Kesian Tengok Makin Tak Endah Hukum Allah" - Azhar Sulaiman Tegur Berat Badan Leona, Netizen Komen Hal Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...