Saya Anggap Wawa & Aeril Macam Anak Saya Sendiri – David Teo

Hiburan

Saya Anggap Wawa & Aeril Macam Anak Saya Sendiri – David Teo

Secara jujur, kalau Abang Nara jadi Mejar (K) David Teo memang dah lama ambil tindakan mahkamah terhadap Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Iyerlah, sudahlah buat hal dengan kahwin secara rahsia, selepas itu boleh tuduh MIG curi kereta yang sememangnya didaftarkan atas nama syarikat. Namun David Teo memang tenang orangnya.Tak ada nak kecoh-kecoh sebaliknya hanya berharap kedua-dua bekas anak didiknya ini hadir ke pejabat dan berbincang secara ikhlas. Respek!!!
mejar david teo

Bak kata Abang Nara sebelum ini, kalau buat kecoh di laman sosial pun tak ada gunanya. Baiklah Aeril dan Wawa luangkan masa sekejap dan pergi bertemu David Teo. Bincang apa masalah sebenarnya. Pihak MIG pun dah tunjukkan geran kereta dan memang betul kereta tersebut adalah milik syarikat. Menariknya lagi ketika kereta tersebut ditemui oleh pegawai, didapati ada baju dalam milik Aeril dan Wawa sedangkan ketika itu mereka berdua belum berkahwin lagi. Hmmmmm.

Advertisement

baju wawa dan aeril

Abang Nara suka membaca kata-kata yang diluahkan oleh David Teo ini. Nampak jelas ketenangannya ketika menghadapi kemelut ini. Kata David Teo:-

Saya rasa hairan & sedih kenapa saya sering menjadi mangsa keadaan apabila timbul isu-isu seperti ini. Bermula dengan isu menyembunyikan hal perkahwinan dan nikah 2 kali yang menurut mereka disebabkan takut kepada saya, sedangkan itu tak sepatutnya berlaku kerana mereka patut takut kepada TUHAN, bukan saya.

Malah, saya bersama beberapa staf MiG pernah bertanya kepada Wawa Zainal sendiri beberapa kali mengenai hubungannya bersama Aeril Zafrel kerana ianya tidak perlu disembunyikan, supaya pihak syarikat boleh mengatur perjalanan kerjaya Wawa mengikut kesesuaian namun segala hubungan dengan Aeril Zafrel dinafikan sendiri oleh Wawa Zainal di hadapan kami.

Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi (pada 12 Februari 2014) menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru & kereta tersebut, sekiranya Wawa Zainal benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa Zainal (pada 18 Februari 2014) dengan setegas & sekerasnya mendakwa Wawa Zainal kini keluar dari pengurusan MiG untuk bergerak sendiri & Wawa Zainal tiada kena mengena, tidak perlu dicari & dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa Zainal masih ada kontrak dengan MiG sehingga 2015.

wawa zainal

Abang Nara bukanlah nak menyebelahi David Teo dan MIG dalam hal ini. Namun seperti yang telah Abang Nara katakan, menyalak di media sosial tak ada gunanya. Masing-masing pun tahu cara nak menghubungi sesama sendiri. Selesaikanlah kemelut antara anda secepat mungkin secara bertentang mata. Jangan sampai peminat naik rimas dan menyampah. Nanti diri sendiri yang rugi. Tak gitu? Sumber MIG Online.

P.S: Pen yang boleh mengimbas warna sekeliling

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...