“Saya Anggap Respon Ringkas Sudah Mencukupi, Tiada Faedah Terus Berada Di Sana” – Diana Danielle

Hiburan

“Saya Anggap Respon Ringkas Sudah Mencukupi, Tiada Faedah Terus Berada Di Sana” – Diana Danielle

Pelakon, Diana Danielle membuat satu hantaran menerusi Instagram Storynya untuk menjelaskan sebab dia ke mahkamah pada pagi hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, Diana menjelaskan dia telah dipanggil oleh peguamnya ke mahkamah hari ini untuk memuktamadkan dokumen yang diperlukan bagi kes perdamaian dan penceraiannya.

Advertisement

Dia turut berkata dia menganggap respon ringkas yang diberikan kepada rakan media sudah dianggap mencukupi dan tiada faedah untuk dirinya terus berada di sana setelah urusannya selesai.

Saya memberikan respon ringkas kepada rakan media, yang saya anggap sudah mencukupi. Setelah saya selesai dengan apa yang perlu dilakukan, saya tidak nampak sebarang faedah untuk terus berada di sana bagi membincangkan perkara ini.

Dia turut berkata peguamnya sudah hadir untuk memberi semua jawapan yang relevan kepada pihak media.

Diana turut menambah bahawa dia tidak berniat untuk menjawab lebih banyak soalan secara spontan mengenai perkara ini.

Dia menegaskan bahawa dia ingin bercerai dan pendiriannya teguh sehingga kes penceraiannya ini selesai.

story diana danielle

farid kamil diana danielle
2 months ago

Tarikh Sebutan Kes Cerai 20 November Ini, Diana Danielle Fail Cerai Atas Alasan Shiqaq Berpanjangan Terhadap Farid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...