Saya Anggap Nazrief Macam Adik Sendiri – Izreen Azminda

Hiburan

Saya Anggap Nazrief Macam Adik Sendiri – Izreen Azminda

Untunglah Nazrief Nazri ada seorang pelakon jelita yang menganggap dirinya macam adik. Abang Nara pun teringin nak jadi adik Izreen kalau dapat gambar mesra macam ini. Sayangnya Abang Nara tak sehensem Nazrief Nazri. Pasti permintaan Abang Nara untuk menjadi adik Izreen tak akan dilayan. Abang Nara ingatkan zaman-zaman sekolah je ada adik angkat kakak angkat nie. Rupa-rupanya dah besar panjang macam ini pun ada lagi.

izreen dan nazrief

Advertisement

Susulan perkongsian gambar yang agak mesra ini (jangan fikir bukan-bukan, adik dan kakak je diorang nie), ramai yang tertanya-tanya adakah Izreen sudah bersedia untuk bercinta kembali. Ada juga yang tertanya-tanya sama ada Nazrief Nazri menjadi pengganti Amar Baharin yang pernah dikaitkan dengan Izreen sebelum ini. Ternyata itu semua adalah tanggapan palsu. Terang Izreen:-

Tidak mungkin saya bercinta dengan Nazrief kerana menganggap dia seperti adik sendiri dan gambar itu diambil oleh salah seorang teman kami semasa keluar makan.Dia seorang yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah sebagai pelakon jika dia benar-benar fokus terhadap kerjayanya.

Sebelum ini saya boleh terima lagi jika ada orang cuba mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki tetapi semakin lama ia membuatkan saya berasa rimas… jadi hentikanlah.

Tidak mungkin saya akan bercinta dalam masa terdekat ini kerana kehidupan selepas bercerai baru sahaja stabil dan biarlah saya fokus kepada kerjaya dan anak terlebih dahulu.

Tambahan pula pengalaman dan kesilapan lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

izreen dan nazrief

Hmmmm. Kalau dah diri sendiri yang kongsi gambar bersama seorang lelaki dengan aksi yang agak mesra, confirmlah para peminat akan membuat telahan sendiri. Kalau taknak dikaitkan dengan mana-mana lelaki, janganlah upload gambar anda dengan mana-mana lelaki. Kan senang je? Uploadlah gambar selfie, gambar dengan anak dan sebagainya. Barulah orang tak ada nak buat gosip-gosip sebegini. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...