Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad tampil membidas cadangan netizen yang ingin memboikot program hiburan supaya ditayangkan kerana dianggap tidak berfaedah ketika negara kini berdepan dengan pandemik COVID-19.
Ini berikutan beberapa stesen televisyen yang tetap meneruskan program hiburan semasa tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.
Berikutan itu, Nabil telah meminta netizen berfikir secara matang dan tidak terpengaruh dengan emosi semasa memberi cadangan atau pendapat.
Mengakui dia tetap menghormati segala buah fikiran yang diberikan netizen, Nabil menjelaskan bahawa ramai yang akan hilang punca pendapatan seperti mereka yang terlibat dalam penggambaran contohnya kru produksi, abang-abang prop, serta jurukamera jika tiada sebarang program hiburan diterbitkan.
View this post on Instagram
“Saya anggap mereka ini tak faham..mereka hanya melihat apa yang ditayangkan di hadapan skrin, tapi lupa di sebalik kamera ada beratus yang perlu menyara keluarga mereka..”
Nabil ditemui media pada majlis Meet & Greet produk snek makanan ringan Dorylicious yang telah diadakan di Ibu Pejabat Dorylicious, Gombak, Selangor pada Sabtu lalu.
Difahamkan, perusahaan terbaru Nabil itu turut memperkenalkan Zizan Razak dan Achey sebagai rakan kongsi jenama tersebut.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Nabil turut mendedahkan bahawa dia menerima banyak keluhan dan rintihan kru produksi yang berharap program televisyen yang menjadi sumber pendapatan mereka tetap diteruskan demi kelangsungan hidup.
“Kalau rasa tak suka kau seorang sajalah yang boikot tak perlu ajak orang lain.. mengajak orang lain boikot sesuatu perkara adalah tindakan yang kurang baik. Cukuplah jadi keyboard warrior, kalau tak suka ada cara lain yang boleh mereka buat. Mungkin mereka pun lupa TV itu ada butang off!” – Nabil Ahmad
Sumber: mStar Online