Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Anggap Ini Teguran Keras Dari Allah – Aliff Aziz

Walaupun sudah tiga kali kantoi berlaku curang, Aliff Aziz, 28, tidak disangka-sangka, nampak sedih selepas bercerai dengan bekas isterinya, Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25. Malah, dia kelihatan lebih sedih dan mengalirkan air mata berbanding Bella yang kelihatan kuat dan tenang usai proses perceraian.

mStar Online melaporkan, Aliff berkata dia menganggap semua yang terjadi sebagai petunjuk dari Allah SWT untuk dia memperbaiki dirinya:

Advertisement

Sejujurnya saya hilang kata-kata dan sebagai manusia biasa saya anggap ini petunjuk daripada Allah untuk saya perbaiki diri.

Dia seterusnya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

Saya tak mahu komen lebih-lebih, sekarang ini saya cuma nak perbaiki diri… itu nasihat terakhir Bella dan selebihnya saya Sekarang ini nak fokus perbaiki diri, benda pun dah jadi. Saya anggap ini teguran keras daripada Allah dan minta semua mendoakan yang terbaik untuk kami.

Dia juga mengakui Bella telah banyak berkorban untuk dirinya, dan masih belum dapat memahami mengapa dia begitu sedih.

Advertisement

Saya minta maaf kepada Bella dan keluarga, apa yang jadi tadi saya masih tak dapat nak hadam lagi.

Bella terlalu banyak berkorban dari hari pertama kami kenal, dia jaga pakai, makan, kerja dan lahirkan anak.

Dia juga mengakui masih sayangkan bekasi isterinya itu, namun merasakan dia tidak layak untuk memberi ganjaran buat Bella.

Sejujurnya saya masih sayangkan dia tapi biarlah Allah berikan ganjaran padanya. Tiada orang yang mampu sabar seperti Bella dan mungkin Allah nak tunjukkan pada saya.

Bella memfailkan permohonan cerai pada 21 Mac dan mereka sah bercerai talak satu pada 16 Mei, susulan tersebarnya gambar mesra Aliff dengan seorang pengguna Instagram bersama Nismell.

Ketika ditanya, Aliff bagaimanapun enggan mengulas mengenai gadis itu. – beautifulnara.com via mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

130 Comments

  1. Wekkkkkkk

    May 19, 2019 at 8:29 am

    SETAKAT PUKUL 8.25AM TARIKH 19 MEI KOMEN INI MENDAPAT MARKAH:

    A. KOMEN LAIN2= 34 REPLY
    B. KOMEN SOKONG MAT SAHDO= 35 REPLY SETUJU.
    C. KOMEN BANTAH MAT SAHDO= 47.REPLY TAK SETUJU.
    D. KOMEN DOUBLE REPERT 5.

    SO MAT SAHDO..SILA TAIP SEMULA BAGI MENYAMARATAKAN JUMLAH..ANDA TEWAS.

    KIHKIHKIH..BULN POSE NI RELEK SIKIT MAH.

  2. Anonymous

    May 19, 2019 at 7:50 am

    Kalau sayang takkan curang bro

  3. Anonymous

    May 19, 2019 at 6:18 am

    Wesak Day today..tommorow hoyaeee holiday again..

  4. Disappointed malay

    May 19, 2019 at 5:55 am

    Comment page commented by stupid people talking about stupid stuff

    Hancur malaysian.

  5. Girl power

    May 19, 2019 at 1:18 am

    Sado?..eii..geli aku yg sado2 ni,hrap sado je tp takut ular,cicak,lipas bagai..boleh jalan!!sado stakat mkn ubt je watpe..dasar lelaki xsdr dri..yg sado ni la si katek punai pndek..sbb tggelam kne hentak ngn besi je agknye..haha..sbb tu nk pmpuan je yg puaskn die..memalukan!!

    • Anonymous

      May 19, 2019 at 6:09 am

      Mat2 sado skrg byk main kt gym. Hrp lengn je bsr keras..tenaga tak tahu lagi..itulh mat2 sahdo skrg.
      Mat2 sado dulu2 tak sama..lengan tak nmpk besar bertelur tapi boleh angkat dua (2) guni padi di bahu dan naikkn ke lori padi.
      Selmba je. Bukn guni bawang ye. Guni yg coklt besar tu pjg lebih kurang 1 meter setengah lebar 1/2 meter.
      Atau mcm pekerja bangladesh/pakistan/nepal/myanmar
      .bawa brg pindah naik tangga ke tgkt 5. Bahu ada barang..di tgn pun ada barang.

      Kuat nye deme.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama