August 14th, 2014

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Awie dan anak-anaknya menjalani kehidupan tanpa seorang isteri dan ibu di sisi. Umum mengetahui mengenai kes mahkamah yang melibatkan diri penyanyi rock lagenda ini dengan isterinya, Rozana. Hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4 telah diberikan kepada Awie oleh pihak mahkamah dan Rozana dilarang mendekati mereka.

awie

Menariknya menurut Awie tiada yang berubah dalam kehidupan mereka sekeluarga walaupun tanpa Rozana di sini. Kata Awie:-

Tiada apa yang berubah selepas kami tidak tinggal bersama. Cuma bula Ramadhan yang lalu buat pertama kali dalam hidup saya bangun pagi dan masak sahur untuk anak-anak.

Malah jika saya terlibat dengan penggambaran, bila masa rehat saya akan pulang dan masak lauk untuk mereka berbuka. Saya mahu mereka rasa nikmat makan air tangan bapa mereka.

Alhamdulillah anak-anak tak pernah komen apa-apa. Raya baru-baru ini mereka nyatakan hasrat nak pergi Legoland jadi saya bawa mereka ke sana.

Kehidupan kami ‘happy’ dan saya kini hanya mahu kembalikan hak mereka yang telah hilang. Segala kerja keras saya selama ini adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa akan datang.

Syukur hak penjagaan anak diberikan kepada saya. Saya mahu lihat mereka membesar dan apa-apa berlaku biar di depan mata saya. Mereka nyawa saya, dunia dan akhirat

awie

Alhamdulillah. Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ayah melainkan melihat anak-anak mereka gembira. Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan walaupun tanpa seorang ibu di sisi. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Sama-samalah kita doakan agar jalan penyelesaian untuk mereka dapat ditemui segera. Amin.


Comments are closed.

Loading...