“Saya Ambil Paracetamol 10 Papan Dan Terus Tutup Mata” – Norman Hakim Kongsi Pernah Alami Fasa Depresi Yang Teruk

Hiburan

“Saya Ambil Paracetamol 10 Papan Dan Terus Tutup Mata” – Norman Hakim Kongsi Pernah Alami Fasa Depresi Yang Teruk

Pelakon Norman Hakim baru-baru ini ada berkongsi pengalaman hidupnya mengalami fasa kemurungan teruk sehingga tergerak untuk melakukan sesuatu yang merbahaya kepada diri sendiri.

Kongsi suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini, fasa tersebut berlaku ketika konflik rumah tangga yang dialami bersama bekas isteri, penyanyi dan pelakon, Abby Abadi suatu ketika dahulu.

Advertisement

Pernah alami depresi teruk

Situasi ketika itu saya rasa dull, kosong. Pada hari saya hadapi tekanan itu, saya telefon mak dan arwah ayah saya pukul 4 pagi.

Saya cakap mak ayah, minta maaf, halalkan makan minum, segala susu mak. This is gonna be my last call.

Ambil paracetamol 10 papan

Ujar Norman, dia pada ketika itu mempunyai tahap iman yang sangat rendah sehinggakan mengambil ubatan dalam dos yang banyak bagi menghilangkan kesedihan.

Ketika itu saya buat tindakan tak masuk akal, batasan iman saya nipis, saya ambil paracetamol 10 papan, saya hancurkan saya minum dengan air kemudian saya terus tutup mata.

Tidak dapat menahan sebak, Norman berkata Allah masih sayangkan dirinya kerana dia terus hidup setelah tertidur beberapa jam sebelum itu.

Pukul 9 pagi saya terjaga. Allah beri saya peluang kedua dalam kehidupan dan ia menjadi turning point kepada saya. Dua jam saya berdoa depan sejadah.

Dari titik itu juga saya mula melaksanakan solat taubat. Kalaulah saya mati pada waktu itu, tidak cium bau syurga saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Marissa dania aslam
10 months ago

(VIDEO) "Muka Pun Seiras, Jodoh Kuat" - Marissa Dania Hakim Pertama Kali Muncul Dengan Aslam Dalam Sebuah Sesi 'Photoshoot'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...