“Saya Ambil Cuti Sehari Je Pun, Tapi Parents Tetap Nak Tolak Gaji” – Pengasuh

Trending

“Saya Ambil Cuti Sehari Je Pun, Tapi Parents Tetap Nak Tolak Gaji” – Pengasuh

Saya pengasuh di kawasan Kuala Lumpur. Ambil upah jaga baby, RM35 dan untuk budak berumur 3 tahun, RM300. Sebelum saya kenakan caj itu kepada ibu bapa, saya sudah rujuk dengan mereka yang sudah lama mengasuh budak. Tetapi itu pun ada ibu bapa yang kata mahal.

Advertisement

Bila saya nak cuti sehari sahaja dalam sebulan kerana ada appointment anak, parent laju tanya berapa nak tolak. Allah, kecil hati saya. Saya cuti cuma sehari sahaja, dia dah nak berkira. Overtime jaga anak dia selama ini pun saya tak kira.

“Sehari saja kak, takkan nak tolak?” soal saya.

“Saya tak pernah pula dengar kalau pengasuh cuti sehari tak perlu tolak?” balasnya.

Dalam hati ini, nak saja saya suruh dia jaga anak-anak dia sendiri. Tetapi nak buat macam mana? Dah itulah rezeki saya.

Anak dia yang berumur tiga tahun memang manja.

Kalau boleh, tak nak berpisah dengan ibunya. Dalam sebulan saya jaga anak-anak dia, mula-mula budak tiga tahun itu memang menangis sahaja. Selepas seminggu, Alhamdulillah dia okay.

Masuk bulan kedua, ibunya cuti seminggu.

Selepas dihantar semula kepada saya, dia mula buat perangai. Kata ibunya, dia bersungguh-sungguh tak nak datang ke rumah saya. Ibu dia pula siap tanya saya, saya garang sangat ke bila menjaga anak-anak asuhan?

Allahu, dah ibunya cuti seminggu lebih, dah tentu si kecil itu rasa syok duduk dengan ibunya sendiri.

Selepas seminggu dia cuti, saya tak beberapa sihat.

Saya minta cuti, tiba-tiba dia nak marah sebab boss dia dah marah cuti berhari-hari. Baru-baru ini dia cuti lagi empat hari. Hari Jumaat itu, dia hantar mesej pada saya melalui WhatsApp memaklumkan badan baby dia naik ruam banyak sangat. Dia kata dia sedar tentang itu.

Malam itu, dia WhatsApp saya lagi dan tanya rumah saya banyak serangga ke? Semalam tak ada ruam-ruam di badan anaknya.

Ya Allah, dia baru hantar dalam seminggu itu, baru sehari.

Takkan nyamuk terus ramai-ramai serang anak dia? Takkan anak dia saja yang kena nyamuk? Anak saya sendiri tak ada kena nyamuk apa pun.

Apa yang patut saya buat lagi untuk memuaskan hati ibu bapa seperti ini? Saya perlu pasang aircond, kah?

p/s: kepada ibu bapa yang berkira dan cerewet, berhentilah kerja dan jaga anak diri sendiri. Anda bercuti, siap berbayar lagi. Bila kami, siap ditolak lagi.

Sumber asal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    May 26, 2017 at 9:48 pm

    Tak perlu la nak berkira sampai mcm tu..orang dah nak ngasuh anak kita tu dah kira bertuah.saya anggap pengasuh mcm mak saya sendiri.sampai la ni..walaupun dah 7 tahun x hantar anak ke rumah ngasuh..kami tetap selalu pergi sana kadang2 bermalam kat sana.masa saya cuti bersalin anak kedua…upah ngasuh anak pertama tetap saya bayar penuh walaupun x hantar anak kerumah ngasuh….Alhamdulillah..hubungan kami semua akrab sampai dah mcm famili sendiri dah.

  2. Anonymous

    May 26, 2017 at 1:09 pm

    pendapat saya la kan.. rasanya xperlu la smp nak tolak gaji kalau pengasuh minta cuti.. sehari ja pn.. mereka pun ada hal yg perlu diuruskan.. prihatin la sikit,.. dia jaga anak kita kot..tolak ansur la sama..

  3. Anonymous

    May 26, 2017 at 11:41 am

    dekat area saya rm350 normal..kalau hantar ke taska rm420..bagi saya.dia jaga anak kita sihat, bagi makan elok da ok..garang skit2 xpa,..untuk disiplinkan budak2..saya pon kalau cuti lama..anak mesti xmau dengan pengasuh..mula2 je..pastu hari2 seterusnya ok.. bagi saya awak x merungut..sekadar berkongsi perasaan..n org lain patut bagi pandangan n nasihat yang baik supaya awak lebih ikhlas..maaf kalau ada bahasa saya yang mengecilkan hati puan.

  4. Anonymous

    May 25, 2017 at 2:34 pm

    tu risiko seorang pengasuh. jangan merungut takut tak berkat gaji yang diberi.

Loading...