“Saya ‘Alergik’ Dengan Golongan Ni” – Wanita Enggan Terima Minuman Dihantar ‘Rider’ OKU Dengan Alasan Kotor Dikecam Netizen

Kehidupan

“Saya ‘Alergik’ Dengan Golongan Ni” – Wanita Enggan Terima Minuman Dihantar ‘Rider’ OKU Dengan Alasan Kotor Dikecam Netizen

Seorang wanita menjadi tumpuan warga Facebook setelah dia secara terang-terangan menghina seorang penghantar makanan berstatus Orang Kurang Upaya yang menghantar pesanannya.

Dalam hantaran Facebook itu, wanita itu memuat naik beberapa keping foto dan video memaparkan penghantar makanan itu sambil mengejeknya secara terbuka.

Advertisement

Wanita ejek rider OKU

Wanita itu difahamkan enggan mengambil minuman yang dipesan, dengan alasan status OKU ‘rider’ berkenaan.

Kesukaran ‘rider’ itu untuk berkomunikasi telah membuatkan situasi semakin sukar dan membuatkan penghantar makanan itu menjerit dan membunyikan hon motosikalnya bagi menarik perhatian orang ramai.

Video itu kemudiannya mengundang kecaman warga maya dan wanita itu tampil memberikan penjelasan bahawa dia enggan mengambil minuman tersebut kerana merasakan ia kotor kerana dibawa ‘rider’ OKU tersebut.

Wanita ejek rider OKU

Saya takut minuman yang dihantar oleh orang kurang upaya (penunggang) kerana ia kotor. Sejujurnya, saya alah kepada mereka sejak saya masih muda.

Sebelum ini, jika saya ke restoran saya akan hubungi untuk bertanya sama ada cef mereka OKU. Jika ya, saya takkan pergi ke sana.

Penjelasan itu membuatkan netizen lagi ‘panas hati’ kerana tindakan tersebut diibaratkan seperti membuli golongan kurang upaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki sistem barter rokok dengan nasi kandar
5 months ago

"John Kelabu Baru RM6, Hutang Lagi RM4" - Alasan Tiada Duit, Lelaki Mahu Tukar Rokok Dengan Nasi Kandar Buat Netizen Geli Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...