Sejak beberapa hari yang lalu, nama TikTokers terkenal, Syamimia menjadi bualan hangat di serata platform media sosial susulan penjelasannya tidak berkongsi kesedaran mengenai isu Palestin serta hiasan patung ‘David’ di rumah.
Barangkali sedar dengan kecaman yang diterima, satu jam yang lalu Syamimia memuat naik hantaran di Instagram memohon maaf kepada orang ramai mengenai kesalahan yang dilakukan.
Saya bersama Palestine dan patung tersebut telah dilupuskan.
Menurutnya, setiap isu yang terpalit untuk beberapa hari ini telah mengajar dia untuk lebih peka dengan isu semasa serta menjadikan ia sebagai pengajaran hebat dalam hidup.
Bahkan, Syamimia turut berkata dirinya masih muda dan banyak lagi hal yang perlu dipelajari olehnya untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.
Sekadar info, Syamimia teruk dikecam selepas ramai yang menyifatkan influencer tersebut ‘cakap kosong’ dan terlalu mencuba cari alasan untuk tidak kongsi isu Palestin-Israel.