Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas seorang wanita ‘gomen’ (pekerja kerajaan) sakan menikmati ‘lunch break’ selama tiga jam hingga membuat netizen berasa cemburu.
Perkhidmatan kontrak tak disambung
Disebabkan hal itu sudah tular, wanita terbabit tampil beri penjelasan bahawa dirinya berkongsikan konten seperti itu hanyalah ‘suka-suka’.
Malah memaklumkan sudah tidak bekerja lagi di syarikat tersebut susulan perkhidmatan sebagai pekerja kontrak sejak September tahun lalu sudah tamat.
Saya berehat di luar bukanlah selama tiga jam. Lebih kurang sejam saya berada di pusat hiburan. Masa selebihnya saya dah berada di pejabat untuk solat zohor.
Akui kekhilafan diri
Susulan hal ini menjadi kecoh di media sosial, wanita tersebut akui kekhilafan diri kerana telah melanggar etika kerja apabila dia tidak membuka lanyard ketika waktu rehat.
Bahkan, ramai juga yang mengkritik wanita terbabit kurang cerdik kerana akui dirinya dapat jawatan di sektor awam disebabkan mempunyai ‘orang dalam’.
Tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk, wanita itu berkata balasan komen itu hanyalah sekadar gurauan sahaja.
Difahamkan, hantaran yang dilakukan atas tujuan membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi dia memilih untuk menutup ruangan komen, barangkali elak daripada netizen terus-menerus mengecamnya.