Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Akhirnya Temui Cinta Yang Dicari-cari Selama Ini – Bella Dally

Berita pertunangan pelakon jelita Bella Dally bersama ahli perniagaan yang dikenali sebagai Arif pada Januari lalu tidak dinafikan membuatkan ramai peminat terkejut. Ada pula netizen mengatakan kenapa Bella terlalu cepat ‘move on’.

Advertisement

Tidak pernah serik untuk bercinta lagi meskipun gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pada Bella apa salahnya beliau membuka pintu hatinya Arif yang diakui membuatkan beliau cukup bahagia.

Saya tahu ramai yang terkejut apabila saya menerima lamaran Arif selepas lima bulan berkenalan. Ada yang menganggap, saya terlalu cepat melupakan kegagalan lalu.

Apa lagi yang mahu ditunggu jika saya yakin Arif mampu memberikan kebahagiaan yang dinanti-nantikan. Dia lelaki yang baik dan menerima saya seadanya. Saya tidak pernah serik dengan kegagalan lalu, malah sentiasa positif kerana percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya akhirnya temui cinta yang dicari-cari selama ini.

Sebelum ini, saya asyik berduka, tetapi saya berusaha melindunginya. Saya sudah penat bersedih dengan apa yang dilalui dulu. Sampai satu tahap, saya berasakan cukup-cukuplah berduka. Saya berjuang melupakan segala-galanya dan Alhamdulillah, akhirnya menemui kebahagiaan.

Bella kini sedang rancak membuat persiapan perkahwinan dan bakal mengadakan majlis nikah serta resepsi pada hari yang sama. Majlis raja seharinya itu bakal diadakan pada akhir bulan ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 Comments

  1. Akubukanbella

    March 13, 2019 at 9:57 am

    Biarla dia nak kawen dgn siapa pun korg semua panas bontot apahal. Sesiapa pun boleh berubah dan diberi peluang kedua. Dia juga manusia berhak bahagia. Elok sgt la kawen kalau dah mampu, daripada buat maksiat mcm korg tu dahla tak mampu. Haaahahahaahaa sila terasa #akubukanbella

  2. R

    March 12, 2019 at 5:12 pm

    Orang kata kawin tu kapel saling melengkapi cos we all not perfect. Makna nya belum kawin belum lengkap la. Belum tahu suami hidung belang berapa. Kalau ko bahagia. Alhamdulillah. Tapi Jangan keluar statement …. ku sangka hujan hingga ke petang. Ghopa nyer tsunami di tengah hari.

  3. Anonymous

    March 12, 2019 at 3:27 pm

    fuh statement cm kenal dh 10 tahun. girls jgn over confident ye kahwin dulu puji kemudian itu pon tggu 10 tahun kahwen baru lah boleh u canang seantero dunia. now keep it secret and tak perlu sebut hal lalu lah. die dh pernah jadi sebahagian dari hidup u. lepas cerai xkomen ape now nk bg hint pulak. byk dh contoh puji kemain last ending cerai. hati2 ye.

  4. Anonymous

    March 12, 2019 at 3:06 pm

    Byk2 lelaki kat m’sia jantan ni yg kau nak, eeeuuuuw

  5. Bella nour el arif

    March 12, 2019 at 1:31 pm

    semoga majlis berjalan dengan lancar

Loading...
To Top