Written by Bella | March 12th, 2019

Berita pertunangan pelakon jelita Bella Dally bersama ahli perniagaan yang dikenali sebagai Arif pada Januari lalu tidak dinafikan membuatkan ramai peminat terkejut. Ada pula netizen mengatakan kenapa Bella terlalu cepat ‘move on’.

Tidak pernah serik untuk bercinta lagi meskipun gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pada Bella apa salahnya beliau membuka pintu hatinya Arif yang diakui membuatkan beliau cukup bahagia.

Saya tahu ramai yang terkejut apabila saya menerima lamaran Arif selepas lima bulan berkenalan. Ada yang menganggap, saya terlalu cepat melupakan kegagalan lalu.

Apa lagi yang mahu ditunggu jika saya yakin Arif mampu memberikan kebahagiaan yang dinanti-nantikan. Dia lelaki yang baik dan menerima saya seadanya. Saya tidak pernah serik dengan kegagalan lalu, malah sentiasa positif kerana percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya akhirnya temui cinta yang dicari-cari selama ini.

Sebelum ini, saya asyik berduka, tetapi saya berusaha melindunginya. Saya sudah penat bersedih dengan apa yang dilalui dulu. Sampai satu tahap, saya berasakan cukup-cukuplah berduka. Saya berjuang melupakan segala-galanya dan Alhamdulillah, akhirnya menemui kebahagiaan.

Bella kini sedang rancak membuat persiapan perkahwinan dan bakal mengadakan majlis nikah serta resepsi pada hari yang sama. Majlis raja seharinya itu bakal diadakan pada akhir bulan ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

30 responses to Saya Akhirnya Temui Cinta Yang Dicari-cari Selama Ini – Bella Dally

  1. Anonymous says:

    lebih baik diam dr berkata2 ;)

    33

    0
  2. R says:

    Dont be too confident that this is it. Love yang dicari2. You will never know the real person till you marry and live with your pasangan.

    Sebelum kawin karakter seseorang tu semua bagus. After kawin all the drama begins. You see true colors of a person. . Anyway All the best.

    85

    0
    • a says:

      setuju.. this guy not as what she expected or thought.. i wish her all the best.. if not, malang nya nasib..

      8

      -1
    • menara says:

      masa kawen first dulu pun kluar statement mcm ni gak..next kalau kawen lagi kluar statement sama jugak copy & paste..dunia artis

      3

      0
  3. tweaker says:

    lol! Nazim who? XD

    2

    1
  4. Tk says:

    Komen lepas kawin ya

    38

    0
  5. Mak Jemah says:

    Tahniah, Bella. Semoga berkekalan hingga ke Jannah.

    5

    1
  6. Poning says:

    Sorry Bella.. This is not a good move lah. Kahwin dulu, baru tau luar dalam seseorang tu. Awak sounds like awak tak pernah kahwin sebelum ni. Haihhh. And lagi satu tak perlu cakap pasal berduka bagai. Nampak macam memburukkan bekas suami.

    26

    1
  7. helena says:

    tak payah nak yakin sgtlah bella. blum kwen pun lg. dlu gan nazim pun cmnie gak. lg lama kan kau cpl gan dia. last2 hancur. better u x yah kluarkan statement apa2. dah move on kan. dah lah. wat apa nk cte lg sal lalu. saja n bukak aib org.

    17

    0
  8. Jean says:

    Kali ni aku rasa dia pun akn berduka lg andaikata silap mencatur rumahtangga, yg bakal suami kalau boleh berubah ok lah kan. Good luck Bella.

    2

    0
  9. hahah says:

    hahahahahahhaha kata kata keluar dari bff elfira loy.
    maybe dah jumpa yang kaya raya jugekkkk

    6

    0
  10. snow says:

    btol kawin dulu..tgk ape berlaku lepas tu..tak semuanyaa manis..contoh terdekat sharnaaz n nabila….

    2

    0
  11. Bella nour el arif says:

    semoga majlis berjalan dengan lancar

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Byk2 lelaki kat m’sia jantan ni yg kau nak, eeeuuuuw

    2

    0
  13. Anonymous says:

    fuh statement cm kenal dh 10 tahun. girls jgn over confident ye kahwin dulu puji kemudian itu pon tggu 10 tahun kahwen baru lah boleh u canang seantero dunia. now keep it secret and tak perlu sebut hal lalu lah. die dh pernah jadi sebahagian dari hidup u. lepas cerai xkomen ape now nk bg hint pulak. byk dh contoh puji kemain last ending cerai. hati2 ye.

    8

    0
  14. R says:

    Orang kata kawin tu kapel saling melengkapi cos we all not perfect. Makna nya belum kawin belum lengkap la. Belum tahu suami hidung belang berapa. Kalau ko bahagia. Alhamdulillah. Tapi Jangan keluar statement …. ku sangka hujan hingga ke petang. Ghopa nyer tsunami di tengah hari.

    3

    0
  15. Akubukanbella says:

    Biarla dia nak kawen dgn siapa pun korg semua panas bontot apahal. Sesiapa pun boleh berubah dan diberi peluang kedua. Dia juga manusia berhak bahagia. Elok sgt la kawen kalau dah mampu, daripada buat maksiat mcm korg tu dahla tak mampu. Haaahahahaahaa sila terasa #akubukanbella

    0

    0
  16. pajura tuhak says:

    kenal 5bulan,bertunang 3bulan,jgn cerita lebih2, blum kawen xtahu laki tu mcm mn, bkn dengki, better kau ckap akhirnya dtg seorang pelengkap hdup moga kekal ke jannah firdausi, bkn confident mata ni bahagia giler2 dlu derita bagai, sbb bnd x pasti jgn over, bercinta 8thn bella pun ade lps kawen setahun becerai, baik xyah over nauu, nt nyesal tup2 laki kawen dua

    0

    0