Saya Akhirnya Temui Cinta Yang Dicari-cari Selama Ini – Bella Dally

Hiburan

Saya Akhirnya Temui Cinta Yang Dicari-cari Selama Ini – Bella Dally

Berita pertunangan pelakon jelita Bella Dally bersama ahli perniagaan yang dikenali sebagai Arif pada Januari lalu tidak dinafikan membuatkan ramai peminat terkejut. Ada pula netizen mengatakan kenapa Bella terlalu cepat ‘move on’.

Advertisement

Tidak pernah serik untuk bercinta lagi meskipun gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pada Bella apa salahnya beliau membuka pintu hatinya Arif yang diakui membuatkan beliau cukup bahagia.

Saya tahu ramai yang terkejut apabila saya menerima lamaran Arif selepas lima bulan berkenalan. Ada yang menganggap, saya terlalu cepat melupakan kegagalan lalu.

Apa lagi yang mahu ditunggu jika saya yakin Arif mampu memberikan kebahagiaan yang dinanti-nantikan. Dia lelaki yang baik dan menerima saya seadanya. Saya tidak pernah serik dengan kegagalan lalu, malah sentiasa positif kerana percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya akhirnya temui cinta yang dicari-cari selama ini.

Sebelum ini, saya asyik berduka, tetapi saya berusaha melindunginya. Saya sudah penat bersedih dengan apa yang dilalui dulu. Sampai satu tahap, saya berasakan cukup-cukuplah berduka. Saya berjuang melupakan segala-galanya dan Alhamdulillah, akhirnya menemui kebahagiaan.

Bella kini sedang rancak membuat persiapan perkahwinan dan bakal mengadakan majlis nikah serta resepsi pada hari yang sama. Majlis raja seharinya itu bakal diadakan pada akhir bulan ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...