Pengacara versatil, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina tampil memohon maaf jika kemunculannya dalam program nyanyian Gegar Vaganza All Star menimbulkan rasa kurang senang buat sesetengah pihak.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Kak Lina memaklumkan bahawa dia menyalahkan dirinya sendiri di atas apa yang terjadi.
Selepas Kak Lina membaca kesemuanya, Ya Kak Lina baca semua komen anda. Sudah masanya Kak Lina tak perlu ada di GV demi menjaga hati anda semua pihak.
Katanya lagi, dia tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa namun hanya ingin menghiburkan peminat dan bekerja dengan ikhlas.
Niat Kak Lina untuk menghiburkan, tapi lain pula jadinya. Buat semua orang tak berminat nak tengok GV pula. Sekali lagi Kak Lina meletakkan kesalahan pada diri sendiri.
Namun begitu, dia memaklumkan bahawa hanya imej ‘Kak Lina’ akan ditinggalkan sebaliknya perwatakan Elly Mazlein yang akan menghiasi persembahan GV di minggu-minggu berikutnya.
View this post on Instagram
Ya ramai mencari rezeki di GV. Demi kebaikan semua pihak, Kak Lina tak akan muncul lagi di GV. Minta maaf segala kekhilafan ya.
Terima kasih banyak-banyak. Insya-Allah Elly Mazlein akan menggantikan Kak Lina di GV nanti. I’ll sign off, jaga diri semua.
Terdahulu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap gabungan tiga pengacara iaitu Elly Mazlein, Jihan Muse dan Nabil Ahmad dalam satu pentas yang dirasakan semak dan serabut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.