“Saya Akan Teruskan Selagi Mana Betul..” – Sudah Sebulan Buka Restoran Patin, Shuib Tak Bimbang Ulangi Kesalahan Isu KWSP

Hiburan

“Saya Akan Teruskan Selagi Mana Betul..” – Sudah Sebulan Buka Restoran Patin, Shuib Tak Bimbang Ulangi Kesalahan Isu KWSP

Walaupun sempat terpalit dengan isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Kerj (KWSP), pelawak dan usahawan Shuib telah berjaya meluaskan kerjayanya dalam bidang perniagaan dengan membuka sebuah restoran baru-baru ini.

House of Patin

Kedai makan baru itu dikenal sebagai House of Patin dan dibuka di Jalan Kampung Hulu di Melaka. Kata Shuib, restoran tersebut merupakan perniagaan bersama dua rakan kongsi yang lain, Max Koh dan Ahmad Daniar, pengasas House of Patin di Kuala Lumpur.

Advertisement

Saya sudah lama kenal Daniar, tekak pun dah lima tahun asyik makan patin tempoyak restorannya jadi memang sentiasa cari peluang untung bekerjasama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menurut usahawan ini, kedai yang telah dibuka selama sebulan itu menawarkan menu asal House of Patin iaitu seleksi ikan jenis biasa hinggalah jenis ‘kayangan’ yang tidak akan mengecewakan tetamu yang hadir untuk menjamu selera.

Bayaran KWSP pekerja

Ketika ditanya berkenaan isu KWSP yang lalu, Shuib berkata dirinya telah sedia mengambil hal tersebut sebagai satu pengajaran dirinya di masa akan datang.

Saya akan teruskan selagi mana saya rasa buat benda yang betul, dugaan itu biasa dan saya sentiasa ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Menurut pelawak ini juga, dirinya akan lebih berhati-hati dalam bab kewangan pekerja lagi-lagi dalam bisnis House of Patin yang baru itu.

shuib
5 months ago

"Saya Bagi Makan Anak Bini, Takkan Sumber Bukan-Bukan.." - Shuib Menyangkal Tuduhan Cuci Duit, Dedah Sumber Pendapatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...