Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Akan Terus Berdangdut Selagi Orang Tak Menyampah – Ani Mayuni

Dulu Abang Nara minat dangdut. Abang Nara minat rentak lagunya. Catchy. Namun Abang Nara tak pernah suka tariannya. Pelik sangat. Bontot goyang sana sini. Dan Abang Nara rasa penat bila melihat tarian dangdut. Rasa macam satu badan bergetar.
ani mayuni
Bagi Abang Nara, zaman dangdut sudah berakhir. Namun bagi Ani Mayuni, dia akan terus menari dangdut selagi orang tidak menyampah. Walaupun ada sesetengah pihak melabel tarian dangdut sebagai tarian lucah, bagi Ani Mayuni tarian yang dibuatnya tidak melampaui batas. Ditemuramah oleh Pancaindera semalam, Ani berkata:-

Saya masih begini dan saya selesa begini. Secara jujurnya, setakat ini saya tak rasa nak berubah kepada genra lain. Bagi saya untuk apa? Saya akan terus bawa genre dangdut selagi orang tak menyampah dengan saya. Biasalah, jadi anak seni ni, ada benda yang kita buat, orang suka dan ada yang tak suka. Saya tak rasa apa yang saya buat itu terarah kepada aksi tarian lucah. Kenapa orang nak persoalkan? Sudah tentulah saya sedar apa yang saya buat. Saya tak fikir apa yang saya buat tu tak baik. Bagi saya itu tak lucah langsung. Sudah lebih 10 tahun saya menyanyi dan saya tahu mana yang okey dan tidak. Saya tahu batas-batasnya ketika membuat persembahan. Bagi saya, apa-apa pun niat tu yang penting.

Advertisement

ani mayuni
Ditanya sama ada dirinya berasa malu apabila menari dangdut, Ani Mayuni berkata:-

Saya ni penghibur, buat apa saya nak malu? Kalau malu, baik saya tak payah jadi artis. Sudahlah…tak payah besar-besarkan hal ini. Cukuplah saya katakan persembahan saya masih lagi ada batasnya. Kalau di Indonesia, rasanya lagi dahsyat.

Hmmmm.. Kalau nak menyanyi dangdut, Abang Nara rasa ok je. Cuma mungkin boleh kurangkan bab tarian tue. Badan Ani pun bukan muda macam dulu. Takut tengah gelek tue tetiba terkehel pinggang. Tak pasal-pasal masuk hospital. Lebih baik berhati-hati. Tak gitu? Sumber asal Utusan Malaysia.

P.S: Video pembikinan kentang goreng McD.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

47 Comments

  1. pink pink

    October 24, 2012 at 10:37 am

    aku layan gak dangdut ni..sbb lagu dia bes pe…cme kekdg,ble dorg goyang tu mcm segan plak nk tgk…hahaha…mgkn pe yg aku blh ckp, stok yg kertu2 ni xyah kot nk goyang2 lagi…cukup2 la tu…

  2. JoyahJinki

    October 23, 2012 at 3:45 pm

    aku menyampah..

    lebih baik menyampah supaya dia stop berdangdut :p

  3. ntahhhh

    October 23, 2012 at 1:17 pm

    dlu , rasanya dia ni memula pnyanyi nasyid , kmudian tukar p dangdut … Rasanya dia sesuaiii nyanyi kt funfair sja … Sapa yg mnt , boleh dtg tgk kt funfair … Murah sja tiket msuk funfair …

  4. calculathorrrr

    October 23, 2012 at 9:12 am

    Jangan pandang kejahatan org macam dia pasti ke NERAKA
    Jangan pandang kebaikan sendiri macam kita pasti ke SYURGA

  5. Sweet32

    October 23, 2012 at 9:09 am

    Dah ramai org nyampah! So?? Hehehehe….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top