Susulan teruk dikecam warganet akibat gurauan lucah ‘telur masam’, suami kepada usahawan, Kieda Crepe iaitu Hilmi Zaki berkata dirinya akan memastikan isterinya tidak lagi memuat naik konten tidak bermanfaat lagi di dalam media sosial.
Akan perbanyakan konten bermanfaat daripada lawak ‘bodoh’
Kata Hilmi atau mesra dipanggil sebagai Amy, dia mencadangkan agar Kieda memperbanyakan konten perniagaan serta masakan daripada menghasilkan konten unsur lawak yang bukan-bukan.
Saya pesan dengan Kieda, nak melawak boleh tapi jangan rakam. Kami di rumah berlawak lagi kasar.
@rancakviral.rv “LOQSYAM” Akhirnya mereka jelaskan #luncur🛫🚀 #fypシ゚viral #fypp #rancakviral #fypppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #dmaislam #kiedacrepe #loqsyam #loqsham ♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama
Difahamkan, Amy berkata sedemikian sewaktu melakukan live di platform TikTok bersama Kieda, baru-baru ini.
‘Saya akan tampar tangan Kieda..’
Dalam pada masa yang sama, suami Kieda itu juga memohon maaf kepada orang ramai jika konten ‘telur masam’ mendatangkan rasa kurang senang hinggakan pelbagai tohmahan diterima oleh mereka.
Selepas ini kami akan banyakkan konten berniaga sebab kami usahawan. Kalau lepas ini Kieda buat video melawak saya tampar tangan.