Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ mengakui beliau dan ahli keluarganya berasa terharu dengan beberapa nukilan yang dimuat naik oleh PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim di akaun Instagramnya.
KJ mengucapkan terima kasih kepada PMX di atas kemuliaan yang ditujukan kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah.
Terima kasih tuan atas beberapa nukilan ikhlas yang dikarya mengingati sahabat lama. Kami sekeluarga amat tersentuh dengan memuliaan kata Dato’ Seri terhadap ayahanda Pak Lah.
Beliau turut menghargai penghormatan yang diberikan oleh Anwar dan Kerajaan Perpaduan kepada Pak Lah dengan mengizinkan satu istiadat pengebumian yang teristimewa.
Penghargaan juga kepada Dato’ Seri dan kerajaan kerana memberi penghormatan kepada Pak Lah dengan mengizinkan satu istiadat pengebumian yang teristimewa dan kebenaran untuk jenazahnya disemadikan di Makam Pahlawan bersama negarawan-negarawan yang lain.
Saya akan sentiasa berterima kasih atas perkara ini.
Beliau berkata demikian menerusi komen yang ditinggalkan pada satu hantaran klip video yang dimuat naik Anwar di media sosialnya.
Klip video berdurasi 56 saat itu memaparkan kenangan PMX bersama Allahyarham Tun Abdullah yang juga Perdana Menteri ke-5 ketika bersama-sama dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.
View this post on Instagram
Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan.
Jenazah Perdana Menteri Ke-5 Malaysia itu selamat disemadikan di Makam Pahlawan pada pukul 2.30 petang.