Saya Akan Selesaikan Ikut Adat – Khairul Fahmi

Hiburan

Saya Akan Selesaikan Ikut Adat – Khairul Fahmi

Ingatkan sudah tamat segala kontroversi yang berkaitan dengan putus tunang antara Khairul Fahmi dan Jejari Runcing, rupa-rupanya cincin pertunangan masih belum dipulangkan oleh Khairul Fahmi. Ibu Elia menyatakan yang cincin pertunangan masih belum diterima lagi selepas beberapa siri kenyataan daripada Khairul Fahmi.
khairul fahmi

Kalau dia (Khairul Fahmi) ‘jantan’ sangat, kenapa tak datang jumpa kami sendiri. Dia banyak memberikan kenyataan tidak benar, sekali gus memberi persepsi negatif kepada keluarga kami. Bila dia kata nak putuskan pertunangan ikut adat Melayu, sehingga hari ini dia sebenarnya tak buat apa-apa pun. Kami malas hendak memanjangkan isu ini, tapi apabila dia memberi kenyataan tidak benar, kami kena perbetulkan.

Namun menerusi Metro Ahad semalam, Khairul Fahmi berkata yang ini semua adalah salah faham. Berikut ialah kata-kata Khairul Fahmi:-

Saya anggap perkara ini sebagai salah faham sahaja. Lagipun urusan mengenai pemulangan cincin tunang itu dibincang menerusi keluarga angkat, bapa Aimie (Elia) dan ibu tirinya. Memang cincin itu masih ada di tangan keluarga angkat dan saya akan pulang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut ada nanti.

Advertisement

Abang Nara pun berdoa agar kemelut antara mereka berdua ini dapat diselesaikan secepat mungkin sekaligus membolehkan Khairul Fahmi menumpukan 100% perhatian kepada perlawanan menentang Jepun tidak lama lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...