“Saya Akan Selalu Ingat Pengorbanan..” – Aisyah Aziz Sedih Ibu Terkena Tempias Kontroversi, Saksi Kekuatan Ibu

Hiburan

“Saya Akan Selalu Ingat Pengorbanan..” – Aisyah Aziz Sedih Ibu Terkena Tempias Kontroversi, Saksi Kekuatan Ibu

Baru-baru ini, adik perempuan kepada aktor sensasi Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz telah meluahkan perasaan mengatakan dia adalah saksi kepada kejadian yang dialami ibunya selepas kontoversi melanda Aliff yang ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies.

Ibu tanggung bertahun-tahun

Menurut Aisyah di ruangan komen hantaran ibunya, Siti Haliza, hanya dia lah yang melihat apa sebenarnya yang dirasakan oleh ibunya itu sepanjang bertahun-tahun. Ada kala hingga tidak dapat tidur malam kerana kecaman daripada netizen.

Advertisement

Saya tahu pergorbanan ibu, saya ingat semua dan semoga Allah menolong saya untuk tidak melupakannya.

 

Ibu telah membuktikan pada saya berkali-kali bahawa perubahan bermula dari kesanggupan dan kesediaan untuk berada dalam keadaan yang tidak selesa demi Allah dan cinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

Diuji dengan pelbagai cabaran

Bukan itu sahaja, penyanyi ini turut mendedahkan ibunya telah banyak mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang dirinya membesar. Namun begitu, Haliza terlihat tetap kuat dan sabar dalam melalui dugaan tersebut.

Malah, Aisyah berkata dirinya tidak akan dapat melupakan segala cabaran yang ibunya itu tempuhi dan mendoakan agar Haliza diberikan ganjaran atas kekuatan dan semoga dikurniakan sabar dan keampunan.

Ramai yang percaya mereka tidak boleh berubah kerana masa terlalu suntuk, tapi saya beruntung kerana dapat menyaksikan perjalanan ibu ke arah sabar dan keinsafan.

 

Saya akan selalu ingat ibu, pengorbanan ibu, kegelisahan lewat malam menerusi panggilan telefon yang terpaksa ibu tanggang selama bertahun-tahun.

aisyah azizSumber : Instagram  

Terdahulu, ibu kepada Aisyah dan Aliff ini telah memuat naik video yang memaparkan Aliff yang dipercayai sudah pulang ke Singapura berjumpa keluarganya. Haliza juga mendedahkan dirinya dan keluarga telah menerima pelbagai kecaman dan makian daripada netizen sejak kontroveri anaknya itu.

ibu aliff aziz
1 month ago

"Taksub Pada Manusia Yang Boleh Pasti Kebenarannya" - Ahli Keluarga Sudah Meninggal Turut Dihina, Ibu Aliff Aziz Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...