Ramai sedia maklum bahawa bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander telah menjadi incaran banyak stesen radio bagi menawarkan dirinya menjadi DJ namun menurut Tyzo dia masih dalam proses memilih pilihan terbaik.
Berita baik
Namun begitu, baru-baru ini Tyzo telah mendedahkan berita baik buat warga Malaysia tentang dirinya akan kembali menjadi penyampai radio pada bulan Mac akan datang. Tambahnya, dia rasa bersyukur terhadap tawaran-tawaran yang ditujukan padanya kerana itu membuktinya dia masih lagi diterima di industri tersebut.
Saya masih belum ada kata putus kerana saya ingin adakan perbincangan lanjur disebabkan kontrak saya bersama Suria akan rasmi tamat pada bulan Mac.
InsyaAllah dalam bulan Mac, nanti saya akan pastikan suara saya kembali berkumandang di corong radio di salah sebuah stesen di Malaysia.
View this post on Instagram
Lebih tenang dan aktif
Pada masa yang sama, Tyzo turut mengatakan dirinya kini lebih tenang dan bebas selepas hampir sebulan meninggalkan konti Suria FM. Meskipun tidak lagi dapat didengar di stesen radio berkenaan, peminat masih gembira kerana Tyzo yang sering aktif di TikTok pula.
Saya rasa sangat tenang sekarang ini kerana saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Saya rasa bebas, seronok sebab hampir 20 tahun saya bekerja di bawah orang.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Tyzo sempat tular di laman TikTok apabila siaran langsung yang dibuatnya mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada para perminat hingga mencecah sebanyak 3.4 juta likes dan 130K penonton.