Pemenang Aktor TV Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, Hun Haqeem tampil memberi respon apabila timbul dakwaan bayaran terhadapnya akan meningkat naik selepas berjaya merangkul trofi itu.
Menerusi Xtra, Hun Haqeem berkata, kemenangan yang diperolehnya itu tidak akan mengubah cara kerjanya, malah dia akan terus memberi komitmen yang setanding dengan bayaran yang akan diterimanya.
Berkenaan skeptikal bayaran akan lebih mahal lepas menang anugerah, orang boleh fikir begitu namun apa yang saya janjikan, saya akan pastikan lakonan berbaloi dengan bayaran ketika ditawarkan untuk membintangi sebuah naskah.
Segalanya saya akan serahkan termasuk jiwa saya. Saya sentiasa mahu berikan yang terbaik dalam setiap karya lakonan saya. Soal harga itu bergantung kepada pihak yang memberi tawaran.
Pelakon itu turut berkata pihak yang sudah pernah bekerjasama dengannya tahu bagaimana dia berikan komitmen terhadap kerjanya.
View this post on Instagram