Selebriti popular, Noor Neelofa sejak kebelakangan ini sering terpalit isu panas selepas dia mengambil keputusan untuk berniqab. Malah, hubungan percintaannya dengan penceramah bebas, PU Riz turut menjadi tumpuan media dan peminat.
Tidak cukup dengan itu, Neelofa dan keluarganya telah dilabel ‘Kardashian Kelantan’ berikutan beberapa isu yang menjadi bualan ramai.
Terbaru, Neelofa menerusi Berita Harian berkata dia sudah lali dengan segala kecaman termasuklah yang dilemparkan kepada keluarganya.
Kecaman sudah sinonim dengan diri saya. Selama 10 tahun saya berdepan dengan pelbagai tohmahan namun, tidak memberi kesan kepada saya.
Orang hendak labelkan saya ‘Kardashian’ atau apa sahaja… Ia tidak memberi kesan kepada kami.
Alhamdulillah, keluarga saya juga tidak fokus terhadap kecaman dan kata-kata orang.
Sebagai ‘public figure’, saya banyak menasihati dan memberi pendapat kepada keluarga bagaimana berdepan tohmahan.
Ternyata mereka sudah dapat menyesuaikan diri dan faham.
Kata Neelofa lagi, mungkin kerana sudah matang dan lama dalam industri, dia lebih tenang berdepan segala kritikan. Mengenai imej niqab yang mendedahkan sebahagian dahi, ini jawapan Neelofa.
Saya akan pakai apa yang saya rasa selesa. Jika hari ini, saya rasa hendak berniqab, saya akan pakai.
Kalau esoknya, saya rasa hendak berpurdah, itu hak saya. Saya tidak terkesan atau perlu mengikut kehendak netizen.
Mungkin kerana sudah semakin matang dan lama dalam industri, saya lebih tenang berdepan apa saja tohmahan.
Tambahnya, sekarang dia lebih tenang kerana tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan mental. Neelofa mengakui sudah tidak kisah dengan ‘kata-kata’ orang.