Beberapa hari lalu, nama penyanyi Ismail Izzani menjadi buah mulut netizen selepas penularan video dia mencium dan memeluk seorang gadis di kelab malam.
Terkini, menerusi hantaran yang dibuat di Instagram Story, pelantun lagu Sabar itu tampil mengaku kesilapan yang dilakukan dan cuba untuk memperbaiki diri.
Tambahnya lagi, dia tidak perlu memberi sebarang penjelasan berkaitan video tersebut kerana dianggap hanya membuang masa.
Untuk semua di luar sana. Apapun yang terjadi saya akan bergerak ke hadapan dan memperbaiki diri. Saya tak perlu memberi sebarang penjelasan kerana ia hanya membazir masa serta orang di luar sana tidak ambil kisah perkara betul atau salah. Saya mengaku silap saya dan sebagai manusia biasa, saya akan sentiasa ingat tempat saya.”
Dalam pada itu, Ismail turut menerangkan bahawa dia tidak lari daripada media sebaliknya tidak mahu membazir masa menjelaskan perkara yang telah diakui kesilapannya.
Saya mahu berterus terang saya tidak lari daripada media. Saya tidak mahu membuang masa memberi penjelasan kerana saya tahu silap saya.”
Terdahulu, Ismail Izzani pernah dituduh gemar melakukan seks rambang namun dinafikan oleh ibunya, Datin Suliza Salam.