“Saya Akan Lawan Untuk Anak-Anak, Dia Tak Tetap Pendirian” – Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Tukar Fikiran Saat Akhir

Hiburan

“Saya Akan Lawan Untuk Anak-Anak, Dia Tak Tetap Pendirian” – Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Tukar Fikiran Saat Akhir

Isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa terkejut setelah suami secara tiba-tiba berubah fikiran pada saat akhir yang mengakibatkan proses tuntutan hadanah gagal capai kata sepakat, semalam.

Shuhada atau mesra dikenali sebagai Shu memberitahu proses perbincangan yang berlangsung selama sejam gagal, biarpun pada awalnya Hafidz sudah bersetuju dengan segala syarat yang dibangkitkan.

Advertisement

Bila sudah capai kata sepakat dan saya gembira dengan keputusan, tiba-tiba dia keluar berbincang dengan peguam, kemudiannya masuk semula kata tak setuju.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Susulan membuat keputusan sebegitu di saat akhir, Shu merasakan pelakon tersebut membuat dirinya kelihat keji serta menganggap suaminya tiada pendirian.

Hal yang membuatkan ibu kepada dua orang cahaya mata itu tertanya-tanya adalah kerana Hafidz kelihatan sangat ceria dan tidak beremosi sepanjang perbicaraan berlangsung.

Selain itu, Shu berkata pihak sulh ada menasihati Hafidz untuk menghubungi dirinya bagi membincangkan hal anak-anak, namun aktor tersebut enggan berbuat demikian dan semuanya melalui peguam.

Sekadar info, Nurul Shuhada memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.

hafidz roshdi shuhada sedondon
11 months ago

"Memang Janji Ke, Chemistry Suami Isteri" - Tampil Sedondon Di Mahkamah, Hafidz Roshdi Dan Shuhada Diusik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...