Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Akan Kongsi Berita Gembira Selepas Bersalin – Fasha Sandha

fasha sandha mengandung

Selepas keguguran ketika usia kandungannya hampir enam minggu pada bulan Jun lalu, sejak kebelakangan ini ada khabar angin mengatakan Fasha Sandha kembali hamil apabila salah satu foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya menampakkan bahagian perut aktres itu seolah-olah semakin membesar, kelihatan seperti ada ‘baby bump’.

fasha sandha

Advertisement

Tidak mahu mengesahkan atau menafikan berita dirinya kini kembali berbadan dua, Fasha mengakui keguguran sebelum in membuatkan dia fobia untuk bercerita terlalu awal mengenai soal kehamilan.

Fasha meminta peminat mendoakan yang baik-baik mendoakan yang baik-baik untuknya. Menurutnya lagi, keguguran lalu bukan sahaja memberikan kesan kepadanya tetapi anak-anak yang sudah beharap untuk mendapat adik baru.

fasha sandha hamil

Doa yang baik-baik sahaja. Saya juga tidak mahu mengiyakan atau menafikan mengenai perkara itu (kehamilan).  Saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang. Saya pernah alami keguguran sebelum ini dan ia membuatkan saya fobia untuk berkongsi awal.

Cukuplah anak-anak saya terkesan dengan apa yang berlaku sebabkan mereka sudah berharap untuk ada adik. Jadi saya tak mahu membuatkan mereka berasa hampa lagi.

fasha sandhaMengambil iktibar atas apa yang pernah berlaku ke atasnya sebelum ini, Fasha berkata dia akan berkongsikan berita gembira itu pada waktu yang sesuai. Berkemungkinan selepas bayinya lahir.

Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira kepada semua orang tapi mungkin selepas saya bersalin nanti.

Advertisement

Apa-apa pun kita tunggu sahaja sehingga tuan empunya badan bersedia untuk mengumumkan berita gembira tersebut. Doakan yang baik-baik buat Fasha dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. fishball

    November 8, 2019 at 9:18 pm

    Bagus!! We don’t care! Sebelum ni sibok nak kasi nasihat. NYAMPAH!!!

  2. marilyn moore

    November 7, 2019 at 12:20 pm

    TAK ADA SIAPA KISAH, LANTAK KAU LAH KAHKAH

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top