Sering berkongsi setiap momen ketika bekunjung ke negara Lubnan dan Paris di akaun Instagramnya, Nur Sajat memberitahu beliau bakal ke Mesir pula selepas ini.
Melihat kepada gaya kehidupannya yang cukup mewah dan berkemampuan dalam apa perkara sekalipun, ramai yang bertanya bila agaknya Sajat akan menunaikan haji ataupun umrah. Ada juga yang memberikan soalan sinis adakah Sajat takut untuk menjejakkan kaki ke tanah suci?
Tidak lama selepas itu, Sajat akhirnya mengakui beliau bakal ke tanah suci tidak lama lagi dan berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.
Ibarat permintaan netizen termakbul pula kan? Apa-apa pun, kita janganlah menghina niat beliau itu dan mendoakan yang baik-baik sahaja. Siapa tahu mungkin ada perubahan selepas ini.