Sekali lagi, hantaran dikongsikan Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned di laman sosial Threads mencuri tumpuan.
Menerusi perkongsian bekas suami Nora Danish itu di Threads, Bossned seolah-olah mentertawakan netizen kerana menganggapnya tidak boleh melupakan sesuatu.
Tulis Bossned,
Takpe orang ingat saya yang tak boleh lupa. Beberapa hari je lagi saya pulak akan ketawa. Tapi saya akan jumpa orang itu dan jelaskan. Selepas itu saya sudah tak ambil kisah.
View on Threads
Meski tidak menamakan mana-mana pihak namun rata-ratanya seolah dapat meneka dan beranggapan ia tentang gosip bekas isterinya bersama lelaki bernama Mickey yang menjadi bualan sebelum ini.
Dalam pada itu, pengikutnya turut memberi komen dan berkata sudah tiba masa Bossned pandang ke hadapan dan jalani kehidupan baru.