Bekas isteri pertama Datuk Red, Syarifah Nor Shafila kembali menjadi perhatian selepas beliau memuat naik foto bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai teman istimewanya.
Dalam video tersebut, Syarifah dilihat tersenyum sambil meninggalkan kapsyen yang seakan-akan memberi bayangan mengenai perancangan masa depan mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian ialah ‘hint’ jelas yang menunjukkan mereka mungkin bakal disatukan pada tahun 2026.
Perkongsian itu membuatkan ramai netizen percaya bahawa Syarifah kini telah bertemu pengganti selepas berpisah dengan Datuk Red, malah kelihatan bahagia dengan hubungan baharunya.

Tidak lama selepas dimuat naik, video tersebut menerima banyak komen yang rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan mereka dipermudahkan.
Ada yang mengatakan Syarifah layak mendapat kebahagiaan setelah melalui fasa sukar dalam kehidupannya sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

