Dapat dilihat menerusi perkongsiaan usahawan sensasi, Jofliam di Instagram Story, dia meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat membawa anak-anak iaitu Han dan Yuki ikut bercuti ke Koh Lipe, Thailand bersama isteri, Dewi susulan perlu patuhi perintah mahkamah.
Tak tahu ada perintah tak boleh bawa anak-anak ke luar negara
Kata Jofliam atau nama sebenarnya, Jofli Abu Bakar, dia sama sekali tidak mengetahui mengenai perintah berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh bekas isteri, Cik Epal.
View this post on Instagram
Saya baru tahu surat bertarikh 21 Januari telah dikeluarkan untuk pihak imigresen bagi menghalang terus saya membawa anak-anak ke luar negara. Betul-betul tak fikir punya tindakan.
Susulan berasa berang dengan hal tersebut, Jofliam nekad akan fight habis-habisan untuk hak jagaan anak-anak.
Kena tanggung rugi lebih RM3000
Dalam pada masa yang sama, usahawan itu turut memaparkan kerugiaan yang perlu ditanggung olehnya dengan memuat naik tangkap layar kos hotel yang sudah ditempah.
Duit hotel dua hari di Koh Lipe (RM3,368.80) ‘burned’. Hotel di Langkawi pula dah penuh. Nak duduk mana ini?
Jofliam ada juga berkongsikan video memaparkan anaknya, Hun cuba menghubungi Cik Epal, namun tidak dijawab.