“Saya Akan Calonkan Hafizah Sebagai Ikon Belia” – KJ

Trending

“Saya Akan Calonkan Hafizah Sebagai Ikon Belia” – KJ

Screen Shot 2016-02-23 at 9.43.03 PM

Baru-baru ini, nama Malaysia diharumkan dengan penglibatan seorang pelajar PhD dari Malaysia Hafizah Noor, dalam membuktikan Teori Gelombang Graviti yang diramal kewujudannya oleh Albert Einstein kira-kira 100 tahun lepas.
Kejayaan itu mencetuskan cadangan dari pelbagai pihak agar Hafizah, 29, agar dicalonkan sebagai ikon belia.

Advertisement

Kini, cadangan tersebut turut dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ yang berkata dia sendiri akan mencalonkan Hafizah.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Asrul Asfar, bertanyakan kepada KJ samada kerajaan ada merancang untuk mencalonkan Hafizah sebagai ikon belia.

Tweet tersebut mendapat perhatian dari KJ yang berkata beliau sendiri akan mencalonkan Hafizah :

Satu idea yang bagus. Anugerah biasa diberi pada Hari Belia bulan Mei. Saya akan calonkan.”, kata KJ.

Selain itu, KJ juga turut menjelaskan tentang pengertian ‘ikon belia’ apabila ditanya mengenai kriteria yang diperlukan untuk menjadi salah satu darinya.

@Khairykj @asrulmm @KBSMalaysia Yb selalunya apa kriteria untuk dipilih sebagai “ikon belia”?”, tanya pengguna Twitter Aizie Suib.

KJ kemudian menjawab : “Itu gelaran tidak rasmi diberi kepada penerima Anugerah Khas Hari Belia Negara tiap2 tahun.

gelombang-graviti-4

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...