Saya Akan Berjuang Habis-Habisan Untuk Dapatkan Hak Penjagaan Anak Saya – Awie

Hiburan

Saya Akan Berjuang Habis-Habisan Untuk Dapatkan Hak Penjagaan Anak Saya – Awie

Sebagai seorang bapa, Awie baru-baru ini mengakui beliau merasa sedih tanpa kehadiran anak-anak dan merindu mereka setiap masa. Oleh itu, beliau bertekad untuk berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya.

Advertisement

Sebagai bapa yang membesarkan anak-anak sejak dilahirkan, sudah tentu saya sedih apabila mereka tiada di sisi, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Aidilfitri. Saya hanya berhubung dengan mereka melalui telefon. Apabila saya mendengar suara Qasseh yang bercakap dengan saya sambil menangis, saya bagai dapat rasakan sesuatu yang dilalui mereka.

Sudah tentu saya amat sedih dan merindui mereka sepenuh hati. Sejak kami tidak lagi bertemu, saya bagaikan budak kecil apabila kerap menangis teringatkan mereka.

Dikenakan denda RM 2000 oleh mahkamah baru-baru ini atas kesalahan mencederakan bekas isterinya, Rozana Misbun, Awie menyifatkan ia bukanlah satu kes yang berat. Fokus Awie kini adalah untuk mendapatkan hak penjagaan sahaja.

Untuk apa saya hendak melawan, sedangkan buktinya ada dalam rakaman CCTV? Apa pun saya lega apabila kes ini sudah selesai dan fokus saya sekarang adalah untuk berjuang habis-habisan mendapatkan hak penjagaan anak saya.

Hasil perkahwinan bersama Rozana, Awie dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8 dan Putri Qasseh Antasha, 6. Ketika ini, Rezzki dan Qasseh berada di bawah Rozana manakala Merrah pula dijaga Awie.

Awie juga mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas isteri Arni Nazira Anuar.  Mereka dikurniakan  dua orang anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha,16, dan Putri Aleefa Antasha, 14, yang kini dijaga oleh Awie juga.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...