May 11th, 2017

Umum mengetahui baru-baru ini aktres Fasha Sandha dikatakan sudah membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi dan beliau dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan apabila foto mereka berdua berjaya dirakam semasa majlis sambutan hari jadi Fasha.

Beberapa hari lepas, Fasha menjadi bualan hangat netizen apabila sekali lagi memuat naik foto bersama lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mukhlis Rosdi. Rata-rata peminat yang melihat foto mereka berdua memuji beliau tampak sepadan dengan Mukhlis. Nampaknya hubungan mereka direstui peminat.

Bukan itu sahaja, penampilan Fasha yang mengenakan hijab mendapat pujian daripada peminat yang juga mendoakan agar satu hari nanti beliau akan menutup aurat sepenuhnya.  Bersikap tenang, Fasha membalas komen peminatnya itu dengan menyatakan beliau akan berhijab satu hari nanti atas kerelaan hatinya sendiri dan bukan hanya mengikut trend.

Menutup aurat sememangnya wajib buat wanita beragama Islam. Namun, setiap perubahan ke arah yang lebih baik haruslah dilakukan dengan hati yang ikhlas. Kita doakan yang terbaik buat Fasha agar satu hari nanti beliau akan terbuka hati untuk berhijab.


Comments are closed.

Loading...