“Saya Akan Beraya Dengan Mentua, Di Rumah Datuk Yusof Haslam” – Puteri Sarah Liyana

Hiburan

“Saya Akan Beraya Dengan Mentua, Di Rumah Datuk Yusof Haslam” – Puteri Sarah Liyana

Terdahulu, Puteri Sarah Liyana didakwa dia akan beraya bersama anak-anak di luar negara sehingga menimbulkan kesedihan di dalam hati ibu mentua, Datin Patimah di Instagram.

Tampil menafikan dakwaan tersebut, Puteri Sarah memaklumkan bahawa dia dan dua orang anaknya, Syaikhul dan Sumayyah akan menyambut Aidilfitri di rumah mentuanya di Taman Melawati, Hulu Klang.

Advertisement

Pelakon itu juga turut membenarkan suami, Syamsul Yusof untuk melawat anak-anak mereka di hari lebaran nanti.

Aidilfitri tahun ini seperti biasa. Kalau dia nak berjumpa anak-anak, boleh saja. Silalah datang ke rumah di Taman Melawati, rumah Datuk Yusof Haslam. Saya akan beraya di sana dan pergi bercuti bersama.

Sementara itu, dia yang ditemui media semalam berpendapat bahawa tuntutan perceraian yang dibuat terhadap Syamsul adalah munasabah dan tidak keterlaluan sama sekali.

Malah, Puteri Sarah mendakwa dia juga ada berbincang dengan mentuanya mengenai tuntutan nafkah yang tidak melebih RM1 juta.

Dia sebelum ini meluahkan rasa tidak puas hati apabila Syamsul menuntut untuk dikurangkan nafkah anak-anak dan mutaah sehingga pengarah itu mengambil keputusan untuk berpatah balik dalam keputusannya menceraikan Puteri Sarah.

Puteri Sarah Liyana Syamsul Yusof
11 months ago

"Saya Minta Kes Ira Kaza Ditarik Balik, Dia Tak Nak, Fitnah Saya" - Syamsul Yusof Dakwa PS Putar Cerita, Tukar Perjanjian Perceraian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Malaysia Gazette

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...