“Saya Akan Bawa Ke Mahkamah, Dapatkan Surat Perintah Untuk Bekas Suami Jalani Ujian DNA”

Trending

“Saya Akan Bawa Ke Mahkamah, Dapatkan Surat Perintah Untuk Bekas Suami Jalani Ujian DNA”

Wanita yang menempelak bekas suaminya di Twitter kerana sibuk ‘memadu kasih’ dengan gadis calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberitahu akan mendapatkan perintah mahkamah untuk lelaki itu yang bernama Shahrul Fazlim, 21, menjalankan ujian DNA.

Ini bagi membuktikan Shahrul ialah bapa biologikal bayi itu.

Advertisement

Terdahulu, dalam kenyataan Shahrul kepada mStar Online, dia mendakwa bayi itu bukan anaknya dan dia hanya bertindak sebagai ‘pak sanggup’ ketika mengahwini wanita yang menggunakan handle @noriasma_ di Twitter ketika kandungannya sudah berusia empat bulan.

Shahrul juga mendakwa bayi itu bukan anaknya sambil mendedahkan sijil kelahiran bayi itu yang berbinkan ‘Abdul Syahid’.

Noriasma seterusnya mendedahkan di Twitter bahawa bayi itu ialah anak biologikal Shahrul, tetapi dibinkan kepada Abdul Syahid kerana bayi mereka anak tak sah taraf.

Seterusnya Noriasma memberi keterangan lanjut kepada mStar Online:

“Bayi itu darah daging bekas suami saya”

Jika benar kenyataan menyatakan dia jadi ‘pak sanggup’  ketika berkahwin dengan saya, dia perlu melakukan ujian DNA itu. Saya tak takut untuk mencari bukti bagi menunjukkan bayi berkenaan adalah anaknya kerana saya yakin dia memang darah daging bekas suami saya.

“Saya akan bawa perkara ini ke mahkamah”

Daripada dia mengaku dia ‘pak sanggup’, lebih baik dia mengaku dia tak mahu bertanggungjawab selepas mengandungkan saya. Saya akan buat laporan polis dan kemudian membawa perkara ini ke mahkamah bagi mendapatkan surat perintah untuk dia melakukan ujian DNA.

“Keluarganya tak boleh terima kenyataan anak mereka telah menghamilkan saya”

Memang benar keluarga dia tidak merestui perkahwinan kami kerana keluarganya tidak boleh terima kenyataan bahawa anak mereka sudah menghamilkan saya.

Mereka takut isu ini akan menggugat perniagaan keluarga. Daripada suruh anak mereka bertanggungjawab, mereka lebih sanggup suruh Shahrul lepas tangan dan minta kami bercerai.

Mungkin itu jalan terbaik bagi membersihkan nama. Kenyataan Shahrul seolah-olah anak itu bukan dari benihnya dan kebenaran kepada kenyataan Noriasma akan dibuktikan melalui ujian DNA.

Walaupun ia tidak boleh digunakan untuk memohon nafkah buat anak, namun sekurang-kurangnya identiti bapa biologikal bayi itu dapat dipastikan. Selamat maju jaya diucapkan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...