Pelakon dan personaliti media sosial, Azhar Sulaiman mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen yang dianggap keterlaluan pada satu hantaran berkaitan kes ibu kepada pelakon popular, Anna Jobling, yang didakwa memukul anaknya sendiri.
Difahamkan, isu itu tular selepas laporan mendakwa wanita berkenaan memukul anak kerana berbalas kata kasar menggunakan ‘kau–aku’ ketika bergaduh.
Menerusi ruangan komen, Azhar memberi reaksi tegas dengan menyatakan dia tidak akan berdiam diri sekiranya anaknya bersikap kurang ajar.
Saya akan baling kerusi ke kepala anak kalau buat macam ini… kuang ajar tahap tertinggi!,” tulisnya.
Namun, kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi bercampur daripada warganet. Ramai berpendapat komen itu tidak wajar walaupun mungkin hanya sekadar gurauan.
Mana iman… Subhanallah kuatnya iman. Islam ajar sabar, Allah sedang uji iman seseorang di dunia.
Kena ingat, Azhar… kita bukan lagi di zaman 80-an atau 90-an. Masyarakat sekarang tidak terima hukuman macam dulu. Zaman dah berubah.
Islam tak pernah ajar kita untuk bertindak ganas pada sesiapa pun. Bukan pada tahun 80-an, bukan pada tahun 90-an, dan bukan juga sekarang.
Terdahulu, konflik antara Anna Jobling dan ibunya kini terus menjadi perhatian umum selepas laporan menyebut pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu mendapatkan perintah injunksi daripada Mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.