Saya Akan Ajar Atikah Suhaime – David Teoh

Hiburan

Saya Akan Ajar Atikah Suhaime – David Teoh

Baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime telah menyindir pihak media dengan menyenaraikan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seorang wartawan di akaun Instagram miliknya.

Disebabkan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo merasa kesal dengan sikap Atikah dan berpendapat Atikah belum matang dan kurang berpengalaman sebagai artis terutamanya untuk berdepan kontroversi. Kata David kepada mStar Online:

Pada saya kenyataan dibuat Atikah menerusi Instagram berhubung isu dengan pihak media itu adalah kerana dia tidak mempunyai pengalaman dan tidak matang.

Dia seharusnya lebih rasional dalam menghadapi sesuatu isu tetapi mungkin juga perkara itu berlaku kerana MIG belum cukup mendidiknya.

Saya akan ‘ajar’ dia! kerana MIG tidak pernah mengajar artis-artis kami bersikap sedemikian.

Berhubung dengan isu video lucah ‘threesome’ yang didakwa menampilkan Atikah dan pelakon sado Ammar Alfian serta Idris Khan, David berpendapat ia tidak wujud, bagaimanapun akan bertemu Atikah untuk berbincang tentang perkara itu.

Jelas David, pertemuan itu ialah bagi mendapatkan cerita sebenar sebelum pihaknya mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Tidak adil sekiranya saya mengulas perkara tersebut tanpa mendengar penjelasan daripada Atikah terlebih dahulu.

Sebab itu saya ingin berjumpa dengannya bagi mendapatkan cerita sebenar.

Gosip berkenaan saya sudah dengar sejak beberapa bulan lalu dan ada cuba meminta salinan video itu namun sehingga ke hari ini tiada pihak tampil mengemukakan bukti.

Advertisement

Sebagai seorang artis baru, Atikah mungkin perlu bersikap lebih tenang dalam menangani hal-hal kontroversi mengenai dirinya serta menjawap gosip wartawan. Dia bernasib baik kerana wajah comel yang dimiliki menyebabkan banyak peluang terbuka untuk dirinya walaupun boleh kami katakan bakatnya dalam bidang lakonan masih belum benar terbukti.

Gunakanlah peluang yang ada untuk mempertingkatkan mutu lakonan. Pasal gosip tu biasalah, sudah lumrah dunia artis bukan? Boleh belajar bagaimana untuk menjawab soalan panas wartawan dari artis yang lebih senior seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Erra Fazira yang sentiasa humble itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...