Seorang penyanyi dan komposer sensasi, Yasin Sulaiman berkongsi bahawa dia telah menyiapkan 13 buah lagu sepanjang di dalam penjara ketika ditemubual selepas perbicaraan mengenai kes dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Menurut Yasin, 13 lagu yang digubahnya semasa dalam penjara akan dirakam dan dikongsikan kepada orang ramai. Bukan itu sahaja, dia juga telah terfikir untuk bekerjasama dengan beberapa orang penyanyi untuk membawakan karya tersebut.
Saya memang terfikir untuk berkolaborasi dengan penyanyi untuk merakam lagu yang saya gubah.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, komposer ini juga menyatakan rasa kecewanya apabila pembelaan terakhir yang sepatutnya telah dijalankan pada hari dijanjikan, terbantut kerana pihak berkenaan ada kecemasan.
Difahamkan, tarikh baru perbicaraan Yasin telah ditetapkan dan akan disambung pada 23 Oktober akan datang.
Saya agak kecewa proses pembelaan tiga pertuduhan saya ni terbantut sikit.
View this post on Instagram
Untuk info, Yasin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sekaligus memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja pada 24 Mac lepas.
Selain itu, kami bawakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.